CARA MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI

CARA MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI - Semua manusia pernah mempunyai keyakinan diri yang rendah. Salah seorang manusia itu adalah aku. Susahnya nak dapatkan keyakinana diri yang tinggi bila rasa terlalu banyak kekurangan.

Boleh kata orang sekeliling semuanya sudah menuju ke langit, tapi aku masih rebah tunduk ke bumi. Punyalah takde keyakinan, sampai jumpa orang lain selain keluarga, akan menggigil tak tentu pasal. Ada tak yang macam aku?

6 CARA MENAMBAHKAN KEYAKINAN DIRI

Duduk sesaja, aku fikir, sampai bila aku nak macam ni? Umur lagi 2 tahun, genap 30 kalau panjang umur. Orang yang umur muda dari aku pun keyakinan sangat tinggi, semua mampu buat sendiri. Aku? Masih macam ni. Kenapa ntah.

So, macam ni la, kalau korang macam aku, aku rasa aku nak share sikit tips untuk korang.

1. BERFIKIR SECARA POSITIF
Apa-apa keadaan pun, positif itu sangatlah perlu. Positif antara kunci yang paling kuat untuk kita mengekalkan keyakinan diri.

2. BUANG PERKARA NEGATIF
Semua orang tahu, perkara negatif akan memberi peranan atau impak yang tidak baik dalam diri kita. Contohnya, merasakan diri kita tak cantik, so selamanya korang rasa diri korang memang tak cantik. Cari individu yang boleh memberikan korang inspirasi.

3. KENALI DIRI SENDIRI
Punca keyakinan diri kurang adalah kerana kita tidak kenal diri sendiri. Berikan sedikit penghormatan pada diri sendiri daripada terus membandingkan diri dengan orang lain. Mesti ada kelebihan pada diri kita, yang tak ada pada orang lain.

4. MEMPUNYAI PRINSIP
Tetapkan satu prinsip dalam hidup. "Aku nak berjaya, aku nak cantik, aku boleh berjaya, aku perlu lebih yakin" . Semua ini prinsip hidup. Aku akui agak sukar untuk maintain dengan prinsip ni, boleh cuba slowly dulu ye?

5. SENYUM
Ada masa, kita rasa kekurangan disana sini berbanding dengan adik beradik, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya. Jangan tunjuk perasaan tu melalui riak wajah. Senyum je. Walau ada kekurangan dalam diri kita. Ingat manusia semua ada kekurangan. Yang membezakan terzahir ataupun tidak je.

6. BERSYUKUR
Ada orang tak ada kaki, ada orang tak mampu makan sedap, ada orang serba serbi tak ada, ada yang dilahirkan tidak sempurna jasadnya. Apa saja, bersyukurlah tentang siapa diri korang sekarang ini.

Mungkin sukar untuk praktikkan semua kan? Aku pun masih mengambil masa. Semoga entri ini bermanfaat untuk korang yang memerlukan. Jom sama-sama upgrade keyakinan diri :)

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments:

  1. yakin boleh datang secara semulajadi dengan teknik yang betul

    ReplyDelete
  2. Nice sharing Auni. Semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete