RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA

RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA - Lidah ni sekarang selalu rasa nak jamah makanan Korea je. Memang suka sangat tengok masakan Korea sampai rasa nak cuba semua. Tapi sebab makanan Korea agak mahal dekat Malaysia ni, maka kita berhuhuhu saja lah kalau nak makan hari-hari pun.

Siapa suka makan kaki ayam? Jangan kau kata jijik pulak pada insan yang obses dan suka makan kaki ayam. Kau tahu tak kaki ayam tu tinggi kolagen yang boleh buat muka kau flawless? Haaa kaki ayam ni favourite aku. Aku suka masak kari selalunya. Tapi makan kari je bosan pulak.

Aku pun tiba-tiba terjumpa resepi ni dekat Cookat tak silap. Cuma aku takde kesempatan lagi nak cuba. Maka aku abadikan resepi ni dalam blog aku dengan harapan esok lusa aku rajin nak masak.

Dalam Cookat banyak guna alkohol, jadi aku ubah situ dan sini sebab aku buat research jugak macam mana rasa alkohol dengan wine tu.  Siapa rajin bolehlah cuba resepi dekat bawah ni ye?

RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA

RESEPI KAKI AYAM PEDAS ALA KOREA
Bahan-bahan :
500gm isi kaki ayam
Sedikit lada hitam biji
60ml air kelapa muda

Cara-cara :
Rebus isi kaki ayam bersama lada hitam dan air kelapa lebih kurang 5 minit. Kemudian tos dan ketepikan.

Bahan-bahan sos :
(A)
Sedikit minyak bijan
1 sudu besar bawang putih cincang
c 1 sudu besar jus halia
1.5 sudu besar madu
1 sudu besar sos plum
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar red pepper paste
Sedikit lada sulah
(B)
Segenggam daun bawang
Sedikit cili padi cincang
2 sudu besar air

Cara-cara :
Masukkan sedikit minyak bijan dalam pan dan tumis bawang putih berserta jus halia, madu, sos plum, kicap cair, serbuk cili, red pepper paste dan lada sulah. Kemudian masukkan isi kaki ayam.

Di pan yang lain, tumis daun bawang dan cili padi. Letak air dan masukkan isi kaki ayam yang telah diperasakan tadi. Siap!

RED PEPPER PASTE
1 sudu besar taucu (hancurkan), 2 sudu besar serbuk cili, 3 paket chili flakes Dominos (atau kisar je cili kering tanpa air), gula . Campur semua, ketepikan.

RED PEPPER PASTE ni sama dengan gochujang la. Kalau korang takde, bolehlah guna alternatif secara manual tu. Rasa dia lebih kurang je. Selamat mencuba!

2 comments: