RESEPI LEMPENG DAUN BAWANG KOREA (PAJEON)

RESEPI LEMPENG DAUN BAWANG KOREA (PAJEON) - Asal ada je daun bawang dekat rumah, mesti aku rasa macam nak buat lempeng daun bawang. Lagi-lagi sebab tuan suami suka. Kalau dekat Korea, menu ini dipanggil Pajeon.

Macam-macam versi kalau orang Korea buat. Ada diantaranya memasukkan kimchi, daging, ayam, atau makanan laut dalam batter Pajeon. Kalau dalam masakan, tak semua orang sama menggunakan resepi yang sama kan?

Dalam menu ini juga, aku tidak letak telur. Aku juga menggunakan air sejuk dari Coway. Haaa ini bukan promot ye, jangan kau gatal jari nak kecam aku. Kalau kau takde air Coway, boleh je guna air sejuk biasa. Jom aku share resepi lempeng daun bawang yang aku masak pagi tadi.

RESEPI LEMPENG DAUN BAWANG KOREA (PAJEON)

RESEPI LEMPENG DAUN BAWANG KOREA (PAJEON)
Bahan-bahan :
1 ikat daun bawang - dipotong 1 inci
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
1 sudu kecil taucu yang dihancurkan
1 sudu kecil madu atau gula
Secubit garam

Cara-cara :
Campurkan semua bahan. Panaskan kuali non-stick. Letak sedikit minyak. Tuang adunan tadi memenuhi ruang kuali. Biarkan 2 minit, dan terbalikkan lempeng tadi dan biarkan lagi 2 minit. Api sederhana saja. Biar garing sedikit di kedua-dua bahagian.

Bahan-bahan sos :
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
3 ulas bawang putih cincang
1 biji cili api hiris halus
1 sudu kecil madu

Cara-cara :
Sebatikan semua bahan. Biarkan 5 minit dan siap dimakan dengan Pajeon. Kalau tak suka bawang putih, boleh tukar kepada bawang holland. Selamat mencuba ye, sedap tau...

TUNSHA AYUNIE
Wanita Marhaenis_

11 comments:

  1. Nampak sedap. Bahan pun senang. Nanti boleh cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Semua bahan ada kat rumah, senang nak buat dan cepat. Hehe

      Delete
  2. sedap tau..liez pun pernah buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Auni berebut dengan husband kalau masak pajeon ni..

      Delete
  3. hujan2 ni buka jer blog Auni nampak lempeng...lapar la pulak tapi daun bbawang tak de...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pun lebat kak fuzy. Daun bawang tu kebetulan ada je. Takde daun bawang, kita tukar bawang racik je.. Hehe

      Delete
  4. Senang nak buat... Nextweek insya allah nak try, kena cari daun bawang pula...

    ReplyDelete
  5. ohh kalau lempeng letak daun bawang ni panggil pajeon ya.. macam nak try buat jerr

    ReplyDelete
  6. pergh...macam sedap je!..teringin juga nak cuba!

    ReplyDelete