RESEPI TEPPANYAKI AYAM BUATAN SENDIRI

RESEPI TEPPANYAKI AYAM BUATAN SENDIRI - Siapa suka makan teppanyaki? Aku memang suka sangat makan teppanyaki. Selalunya aku suka makan teppanyaki ayam. Kalau makan dekat luar, harganya agak mahal. Disebabkan teringin sangat, aku cuba buat teppanyaki ayam buatan sendiri.

Teppanyaki ayam buatan sendiri ni aku cedok resepi dari Google tapi aku olah sendiri ikut suka hati kepala aku. Alhamdulillah rasa persis macam makan di luar, terutama sos teppanyaki. Jom aku share  resepi yang aku buat tadi. InsyaAllah sedap ditekak korang..

RESEPI TEPPANYAKI AYAM SEDAP

RESEPI TEPPANYAKI AYAM BUATAN SENDIRI
Bahan-bahan ayam :
Dada ayam dipotong dadu - diperap dengan garam dan serbuk lada hitam
Sedikit butter
Bawang putih cincang
Kicap cair

Cara-cara :
Ayam ditoskan hingga kering airnya dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam. Perap sebentar. Kemudian cairkan butter di dalam kuali dan masukkan bawang putih cincang. Bila hampir garing, masukkan ayam dan masukkan kicap cair. Kacau rata dan biar ayam masak, ketepikan.

Bahan-bahan sayur :
Taugeh
Kobis - potong halus
Lobak merah - potong halus
Daun bawang - potong lebih kurang 1 inci
Sedikit butter
Bawang putih cincang
Kicap cair
Lada hitam

Cara-cara :
Cairkan butter dan masukkan bawang putih cincang. Kemudian masukkan sayur, sedikit lada hitam dan kicap cair. Masak menggunakan api kuat. Biarkan sebati dan tutup api, ketepikan.

Bahan-bahan sos kicap :
Kicap cair secukupnya
2 potong epal merah - kisar dengan sedikit air
1 ulas bawang putih - dikisar bersama epal

Cara-cara :
Campur kicap cair dengan bahan kisar, masak sebentar dan ketepikan.

Bahan-bahan sos cili :
4 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api
1 potong epal
Besar ibu jari halia
Garam dan gula
Jus limau kasturi

Cara-cara :
Kisar semua bahan kecuali gula, garam dan jus limau. Kemudian masak bahan tadi hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula. Sejukkan. Setelah sejuk, letakkan jus limau.

Bahan-bahan bawang putih goreng :
Bawang putih secukupnya dihiris halus
Butter
Sedikit minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak dan masukkan butter. Dengan api sederhana, masukkan bawang putih dan selalu kacau bawang putih dalam minyak. Bila bertukar warna, boleh diangkat dan ditoskan di atas tisu dapur.

Selamat mencuba semua.

2 comments: