AIS KEPAL MILO AMPANG PERMAI

AIS KEPAL MILO AMPANG PERMAI - Viral di mana-mana media pasal ais kepal milo ni. Sampai stress jugak aku. Stress sebab tak jumpa masa ais kepal ni mula-mula jadi viral. puas aku cari. First aku dapat tahu ada dekat Rawang, area rumah mak aku.

Tapi tak best sebab kena beratur panjang. Aku paling fedup nak beratur kecuali masa makan dekat Kyochon, itupun aku sanggup beratur sebab dah penat-penat berjalan cari kedai, macam berbaloi jugak la untuk aku beratur. Kah!

AIS KEPAL MILO AMPANG PERMAI

Rezeki aku bila haritu tuan suami jumpa satu kedai jual ais kepal milo ni area Ampang Permai. So aku pun namakan lah ianya Ais Kepal Milo Ampang Permai. Jenis aku ni, kalau aku pergi kedai tu, tengok penjual dia ramah dan mesra, tak lokek senyum, aku jadi senang hati nak repeat balik.

So harini masuk hari ke-4 aku hadap ais kepal milo ni je. Aku jadi addict weh! Tapi kau janganlah expect dia macam original ais kepal milo yang masuk Majalah Tiga tu. Yang masuk Majalah Tiga tu milo dia.. ambikkkk kau! Tapi sekali sekala bagi aku oklah, kalau tak, kencing manis weyyy...

Bagi aku, ais kepal milo yang aku beli dekat Ampang Permai ni memenuhi citarasa tekak aku laa. Manis dia terasa, ais dia sesedap rasa nak kunyah. Aku kalau beli, aku makan ais dia, yang lebihan air-air campur milo tu aku bagi tuan suami. Tuan suami tak mampu makan ais dia, ngilu katanya.

Dia ada set besar dan kecik. Yang besar RM5 dan yang kecik RM3 . Ada jugak topping macam kacang, wafer, chocolate rice dengan oreo. Aku suka oreo. Haaa ada jugak flavour sirap, tapi yang milo jugak laaa bikin orang ketagih.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment