APA ITU FORGOTTEN BABY SYNDROME (FBS)

APA ITU FORGOTTEN BABY SYNDROME (FBS) - Sejak kebelakangan ini, kita sering menerima berita tentang ibubapa yang meninggalkan anak di dalam kereta. Terbaru, seorang ibu menerima kecaman teruk oleh netizen disebabkan dia terlupa anaknya yang berusia 2 tahun, tertinggal didalam kereta selama 4 jam tanpa ruang udara. Akibatnya, kanak-kanak tersebut meninggal dunia.

Di Amerika, perkara ini bukanlah benda baru. Hampir 25 kematian kanak-kanak akibat perkara ini. Untuk pengetahuan korang, dari segi perubatan, ianya dikenali sebagai Forgotten Baby Syndrome (FBS).

APA ITU FORGOTTEN BABY SYNDROME (FBS)

FORGOTTEN BABY SYNDROME (FBS)

Dr. David Diamond, iaitu seorang profesor psikologi, farmakologi molekul dan fisiologi dari University of South Florida, telah meluangkan banyak masa untuk mengkaji dan meneliti neurobiologi FBS.

Menurut beliau, pada ibubapa sering melakukan tugas yang menjadi rutin hingga melibatkan pemikiran yang kurang sedar. Contohnya jika kita memandu pulang dari kerja melalui jalan yang sama, kita boleh melakukannya tanpa berfikir. Sebab dah 'immune' dengan perkara itu. Ini lebih dikenali sebagai Habit Memory.

Satu lagi, dikenali sebagai Prospective Memory, Ianya tentang penjaga yang berbeza rutin. Contohnya, penjaga biasanya pergi kerja tanpa membawa anak. Tiba-tiba satu hari dia membawa anaknya, dan dia terlupa dan meninggalkan anaknya di dalam kereta. Dia kemudian pergi masuk pejabat seperti biasa dengan niat di hati ingin berjumpa anaknya di rumah selepas balik kerja.

Oleh itu, sebagai ibubapa, kita perlu peka terhadap sekeliling. Sikap pelupa ini tak dapat dielakkan, tapi kita boleh cegah dengan disiplin.

Ada beberapa saranan yang boleh diguna-pakai untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku iaitu :

  1. Jadikan rutin sentiasa melihat tempat duduk belakang sebelum mengunci kereta.
  2. Mohon periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta.
  3. Letakkan kasut di bahagian tempat duduk belakang. Maka kita dengan automatik akan pusing belakang untuk mengambil kasut.
Harap netizen tidak terus mengecam si ibu terbabit. Dia sendiri sedih dengan kehilangan anaknya. Kita pulak menambah beban di hati dia. Ibu mana suka-suka nak tinggal anak macam tu? Jangan terlalu angkuh mengecam, risau perkara itu berbalik pada kita sendiri.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments: