BEAZYME PAPAIN : UBAT SURUT BENGKAK

BEAZYME PAPAIN : UBAT SURUT BENGKAK - Sebelum ni tangan aku yang ada fistula ni mengalami infection dan bengkak yang agak teruk. Sampai staff pun tak berani nak cucuk jarum dekat tangan aku. Staff yang sorang tu je yang berani.

Aku mulanya jadi panik, tak tahu nak buat apa. Lepas tu aku minta doktor merangkap Medical Officer, bagi aku antibiotik. Farmasi bagi aku antibiotik jenis Amoxicillin, yang kapsul warna merah kuning tu. Antibiotik ni terkawal, memang kena minta doktor.

Doktor suruh aku consume je antibiotik tu sampai habis. Kalau tak okay jugak, kena pergi refer HKL. Malas gila weh! Nak baik punya pasal, gigih aku consume.

BEAZYME PAPAIN : UBAT SURUT BENGKAK

Selain antibiotik, aku pergi beli ubat bengkak dekat farmasi. Ubat ni nama dia Beazyme Papain. Memang bagus untuk bengkak-bengkak. Haritu tuan suami kena bengkak-bengkak, telan ubat ni berapa hari terus okay.

Ubat bengkak ini berwarna biru dan rasanya macam peppermint. Macam kau telan ubat gigi pun ada.

Sambung kisah aku tadi, aku ambil antibotik dengan ubat bengkak ni lebih kurang 5 hari. Aku bagitahu staff, aku beli ubat bengkak, telan. Diorang macam tahu je aku makan ubat apa sebab diorang tanya, Beazyme ke? Jadi aku assume jela memang takde masalah untuk aku ambil ubat bengkak tu.

Apapun, antibodi lain-lain tau. Aku ada baca, ubat ini mungkin ada memberi alahan pada sesetengah orang. Macam dalam kes aku, alhamdulillah tak ada alahan dan bengkak aku surut. Kalau korang nak beli, make sure refer doktor atau tanya pharmacist ye?

Aku saja share, mana tahu bermanfaat untuk korang kan?

The writer,
Tunsha Ayunie

7 comments:

  1. Haah betul ubat ni memang elok sangat siapa yang ada bengkak2 tu. Suami kinah makan ubat ni surut dua tiga hari jugakla. Tapi apapun sebelum nak consume kena refer doktor atau ahli farmasi dulu. Takut ada simptom lain pulak. Auni, kinah doakan Auni cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. Bleh tau x bengkak apa yg dimaksudkan, bengkak seliuh kaki pun bleh jgk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh refer farmasi sis. Saya guna ubat bengkak ni bila gusi bengkak. Suami pulak haritu ada bengkak dekat private part dia sebab terjatuh. So far memang surut bengkak.

      Delete
  3. Hai nak tanya ubat tu telan atau hisap?ada sesetengah orang kata hisap.

    ReplyDelete
  4. Selain daripada tu bengkak AP jenis yg boleh pakai...maaf sy bertanya..untuk kawan..saya.

    ReplyDelete