BIRTHDAY TREAT DI GRASSO CAFE RAWANG

BIRTHDAY TREAT DI GRASSO CAFE RAWANG - Happy birthday Auni Afiqah! Alhamdulillah, aku sudah berumur 28 tahun pada 2018 ini. Tak ada apa yang menarik sangat pun, sedih sebab Baby Umar dah balik kampung ikut ibunya berpantang di Lui sana.

Tinggal lah adik aku si Adib tu berjauhan dengan isterinya lebih kurang sebulan. So, bercerita pasal birthday aku, kelmarin birthday aku dan aku kena pergi treatment (hemodialisis). Merajuk kejap sebab tuan suami wish lambat. Pagi tu jadi touching lepas Mama wish. Aku peluk Mama, berterima kasih pada Mama dan mood jadi sebak.

Balik dari treatment, Mama masak paprik ayam. Malam tu Mama ajak keluar makan western kat Rawang je. Kafe tu tak familiar pun, Mama saja cuba nak pergi je.

BIRTHDAY TREAT DI GRASSO CAFE RAWANG
SUMBER

Kami makan di Grasso Cafe, Rawang. Asalnya kedai ini ada Barber Shop, tapi ditutup. Tinggal kedai makan je. Masa kami pergi lepas maghrib, masih tak ada orang.

Sudah menjadi adat kot dalam keluarga aku, kalau ada anniversary atau birthday, memang kami akan makan Western. Family aku semua suka makan Western kecuali aku. Aku suka makanan Jepun dan Korea, tapi tak semua ahli keluarga aku suka.

Grasso Cafe ini baru je beroperasi. Mungkin sebab itu Mama mahu cuba. Aku ikut je, orang nak belanja kan? Jom aku share apa yang kami makan.

SWEET SPICY KOREAN CHICKEN

LAMB CHOP

CHICKEN CHOP "CINTA MERANA"

Ini diantara menu yang kami order. Ada lagi sebenarnya. Mama order menu Mix Western, ada juga menu Meatball. Kalau korang tanya apa yang merana sangat disebalik nama Chicken Chop "Cinta Merana" tu, aku memang tak tahu nak describes.

Tapi, portion untuk menu ni agak besar juga. Satu pinggan order, boleh makan 2 orang sebenarnya. Cuma sebab aku dengan tuan suami tak tahu, kami pun order dua. Kesudahannya, tak habis. Kan membazir?

Aku nak review sikit pasal Grasso Cafe ni. Hopefully Grasso Cafe terima dengan hati terbuka. Ini pandangan aku sebagai pelanggan.

REVIEW GRASSO CAFE RAWANG

1) SUASANA
Bagi aku tempat ni agak cozy dengan lampu yang malap. Cuma sedikit panas, mungkin keadaan cuaca tidak menentu sekarang. It's okay, bagi aku, tempat nya masih cozy walaupun panas sikit.

2) SERVIS
Maaf ya, tapi servis tersangatlah slow. Padahal masa kami datang, tak ada orang lagi. Sempat jugak laa masing-masing selfie sementara tunggu makanan sampai. Plus, waitress tak repeat cakap apa yang kami order, so masing-masing assume yang order kami sudah ditulis. Tapi bila sampai, ada lagi dua order yang tidak cukup. Terpaksa tunggu lagi.

3) MAKANAN
Melihat tempat yang cozy, of course lah aku berharap makanannya sedap dan secukup rasa. Tapi agak meleset. Sos lada hitam rasa agak kosong. Meatball pun unexpected. Rasa tepung. Termasuk Chicken Chop "Cinta Merana", tak dapat tangkap rasa yang lain kecuali pedas. Ayam pula diperap dengan serbuk kunyit, lari dari rasa chicken chop sebenar. aku agak kecewa. Tapi Sweet Spicy Korean Chicken tu dapat lah pujuk aku kejap.

Hopefully Grasso Cafe improve dari segi servis dan rasa. Mungkin next time boleh datang lagi, kan?


Anyway, terima kasih pada Mama yang sudi belanja makan di hari jadi aku. Patutnya, aku yang belanja Mama & Family. Doakan aku dilimpahi rahmat dan rezeki ye? Teringin pulak nak belanja family aku pergi makan.

Keluarga ibarat nyawa buatku. Tanpa keluarga aku lelah, tanpa keluarga aku mati.

3 comments:

  1. Suasana dah ok, yang lain pula kantoi ek. Sayang juga tu

    ReplyDelete
  2. Happy birthday auni. Semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  3. owh biasa2 jer yer?
    tapi nampak macam sedap pula kuah lamb chop tu
    haha

    ReplyDelete