BUAH BELIMBING BAHAYA UNTUK PESAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG

BUAH BELIMBING BAHAYA UNTUK PESAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG - Sebenarnya selama mengalami penyakit kegagalan buah pinggang ni, aku langsung tak alert tentang satu perkara ini. Punyalah terkejut bila diberitahu buah belimbing bahaya untuk pesakit kegagalan buah pinggang.

Semalam aku ada update pasal sambal hitam yang tentunya menggunakan belimbing. Lepas tu ada rakan yang sama penyakit macam aku bagitahu, belimbing sangat bahaya untuk kami. Even yang normal dan mempunyai buah pinggang lemah pun tidak disarankan mengambil belimbing terlalu banyak.

BUAH BELIMBING BAHAYA UNTUK PESAKIT KEGAGALAN BUAH PINGGANG?
SUMBER
Kajian menunjukkan bahawa dengan memakan buah belimbing terlalu banyak akan menyumbangkan kesan toksik yang bahaya kepada pesakit kegagalan buah pinggang. Bahan toksik ini dikenali sebagai neurotoksin.

Ianya juga akan membuatkan carambolic acid yang berada dalam belimbing terkumpul di dalam otak dan seterusnya meracuni otak kita.

Toksin ini akan kekal didalam badan dan akan menyebabkan penyakit yang serius seperti kekeliruan mental, kekejangan dan paling serius adalah kematian.

Jadi, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, harus mengelakkan pengambilan buah belimbing. Semoga bermanfaat untuk semua.

4 comments:

  1. Oh macam tu kisahnya...auni mak akak dh pilih CAPD dialysis sendiri kat rumah..ekceli buah pinggang dia 8% je rosak.. still kena dialysis ye..nanti perut nak kena tebuk masukkan silicone utk cuci air..akak x berapa paham sgt..la ni sementara kena cuci darah which is tapak dh buat kat leher..rasa macam azab sgt dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAPD adalah suggestion dari doktor sebagai rawatan pertama dan lebih selamat berbanding hemodialisis (HD). HD banyak komplikasi berbanding CAPD. Semoga mak akak sentiasa kuat.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan buat mak anda

    ReplyDelete