CHURROS HOMEMADE AIR TANGAN MAMA

CHURROS HOMEMADE AIR TANGAN MAMA - Dah lama aku tak buat Churros ni. Aku pernah janji dengan adik bongsu aku, bila aku rajin, aku nak tolong buatkan dia Churros. Tapi kan hari berganti hari, bulan berganti bulan, kemalasan merasuki diri seorang Auni Afiqah, maka biarlah hari itu berlalu dengan jayanya. Kah!

CHURROS HOMEMADE AIR TANGAN MAMA

Selalunya weekend, Mama aku memang suka masak macam-macam like Pavlova, kek dan sebagainya. Churros ini hasil air tangan dia yang pertama. Ala.. bukan susah sangat pun nak buat Churros ni kan? By the way, Churros ni makanan orang Spain dengan Portugal katanya. Tapi tipikal Melayu kan suka try macam-macam makanan seluruh dunia. Siapa yang tak suka makan oiii...

Haa! So sebab ini Churros pertama buatan Mama, Mama asyik tanya aku, "Sedap tak? Jadi ke tak?" Risau sangat dia. Padahal memang sedap je. Garing di luar, lembut di dalam.

CHURROS HOMEMADE AIR TANGAN MAMA

Mama malas nak golek-golek Churros tu dengan icing sugar, so biar togel je macam tu. Sos coklat tu, Mama campur chocolate bar dengan heavy cream. Masak hingga sebati dan pekat. Sedap sampai tak boleh nak berhenti.

Kalau beli dekat luar, mahal boleh tahan. Haritu Auni beli, sebatang seringit uolssss. Baik buat sendiri, boleh makan berketul-ketul. Tapi macam biasa, ini untuk orang rajin. Kalau malas, kau beli je lah kat luar. Seringgit pun nak berkira. Oklah, bye.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment