CUCUR IKAN BILIS YANG LEMBUT DAN GEBU

CUCUR IKAN BILIS YANG LEMBUT DAN GEBU - Cucur ikan bilis atau cucur bawang selalu dijadikan menu untuk sarapan dan minum petang. Cucur ikan bilis adalah menu kesukaan aku, lagi-lagi ada teh o suam. Aduhai... hujan-hujan ni terliur.

Aku suka cucur ikan bilis yang liat-liat sikit. Sebab aku ni jenis yang suka mengunyah dan ambil feeling untuk rasa sesuatu makanan tu. Tapi kalau Mama aku, dia suka buat cucur ikan bilis yang lembut dan gebu.

CUCUR IKAN BILIS YANG LEMBUT DAN GEBU

Air panas dikisar bersama telur, bawang merah dan ikan bilis. Kemudian masukkan ke dalam tepung dan sebatikan. Korang juga boleh potong bawang merah secara halus dan letak ikan bilis kasar di dalam adunan. Tiada sukatan tetap untuk buat cucur ni. Asalkan adunan likat dan tidak terlalu pekat dan cair, maka akan menjadilah korang punya cucur tu.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment