TAHNIAH DATO SITI NURHALIZA KERANA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

TAHNIAH DATO SITI NURHALIZA KERANA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN - Tak ada yang lebih menggembirakan pasangan suami isteri melainkan apabila dikurniakan zuriat. Touching tau. Alhamdulillah, berita gembira bagi peminat Dato' Siti Nurhaliza, apabila beliau selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Haruslah orang yang paling bahagia di sisi Dato' Siti sekarang adalah suaminya, Datuk K. Beliau berasa amat bersyukur bila semuanya selamat. Yang paling penting, kedua-duanya sihat.

TAHNIAH DATO SITI NURHALIZA KERANA SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN

Untuk pengetahuan korang, Dato' Siti dengan Datuk K memilih hari Isnin untuk melahirkan anak mereka kerana hari Isnin adalah hari kelahiran Rasullullah SAW dan kebetulan jatuh pada tarikh 1 Rejab 1439H.

Tak sabarnya nak tengok muka baby. Mesti comel macam Dato' Siti juga. Apapun, doaku semoga anak Dato' Siti dan Datuk K diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan solehah. Ameen.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: