JANGAN BERUBAH JIKA TIDAK BERSEDIA

JANGAN BERUBAH JIKA TIDAK BERSEDIA - Bukan mudah seseorang itu untuk berubah jika tidak bersedia. Bukan mudah juga untuk seseorang istiqamah selepas melakukan perubahan. Tidak perlu memandang jauh, aku sendiri masih bertatih dalam berhijrah melakukan perubahan.

Pertama kali berniat, tuan suami pernah bagitahu aku, kalau dah bersedia menutup aurat, dia taknak tengok aku on-off. Kejap pakai, kejap tak pakai. Aku akur, sebab aku pernah bernazar, jika Allah berikan kami berdua rezeki memiliki kereta yang ada aircond, aku akan mula menutup aurat.

Selepas itu, terasa berat dihati untuk mula menutup aurat. Lebih lagi dikelilingi dengan orang-orang yang freehair. Itu dugaan yang paling hebat buat aku. Beberapa bulan jugak aku acah-acah dengan tuan suami untuk freehair kembali, tuan suami jengil mata je. Tapi, ada juga sekali dua dia izinkan aku freehair sebab kesian bila aku merungut. Hm.. rasa berdosa pulak.

JANGAN BERUBAH JIKA TIDAK BERSEDIA

Aku hanya dapat kelonggaran untuk freehair bila alami hypo dan migrain, juga ketika sesi rawatan hemodialisis. Selain itu, jangan harap. 

Asalnya semua ini memang payah, kecuali semat pada diri dan tak kisah apa orang kata. Awalnya aku rasa awkward, tapi alhamdulillah sekarang rasa sebati. Cuma aku akui, iman ini kadang goyah jugak, cuma tidak mahu melayan.

Jadi, perubahan ini atas diri sendiri. Bukan kerana untuk puaskan hati semua orang. Jika rasa nak berubah, terus berubah. Jika tidak mahu, jangan dulu. Jangan drastik, biar secara perlahan.

Islam ini agama yang bersih, cuma kita sebagai penganut yang suka "mencabulnya" tanpa segan silu.

Moga kita sama-sama dapat bersama-sama di syurga Allah nanti, insyaAllah :)

TUNSHA AYUNIE : Masih mencari redha Allah SWT selepas menodai diri sendiri.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..

    cobaan untuk mengingkari memang hebat bagi manusia.

    lebih-lebih ketika hati kita sudah mula ingin mendekati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dugaan paling besar bila kita mula mengenali diri :)

      Delete