JEM DARI BUAH BERI YANG HAMPIR ROSAK

JEM DARI BUAH BERI YANG HAMPIR ROSAK - Selalunya kalau kita beli buah yang beriklim sejuk, mesti buah tu tak tahan lama walaupun simpan dalam peti ais. Ini yang terjadi pada Mama. Mama beli buah blueberry dan strawberry 2 minggu lepas untuk buat pavlova, tapi sayangnya buah-buah tu hampir rosak dan tidak fresh.

Nak buang sayang. Satu bekas buah blueberry tu, berharga lebih kurang RM11++. So, aku ambil alternatif untuk buat jem dari buah beri yang hampir rosak tu.

JEM DARI BUAH BERI YANG HAMPIR ROSAK

Tiada resepi yang mengikut sukatan, aku hanya agak-agak je masa buat jem ini tadi. Kisar buah strawberry dan blueberry yang hampir rosak tadi. Tidak perlu air kerana buah tadi pun dah ada kandungan air.

Seterusnya masuk dalam periuk atau kuali, masukkan 1 sudu besar gula, 1 sudu besar madu dan sedikit jus perahan lemon. Gula tu aku hanya tambah dari masa ke semasa, mengikut kesesuaian manis yang aku mahu. Masak dengan api sederhana dan sentiasa dikacau, takut nanti hangit, tak sedap.

Masak hingga pekat, dan sejukkan. Alhamdulillah sedap, tanpa bahan pengawet dan tidak membazir. Tadi tuan suami makan jem buatan aku dengan biskut. Suka tengok dia makan dan dia asyik cakap sedap je.

Jem je pun kan? Tapi tetiba je happy. Actually aku frust petang tadi buat apam nasi tak jadi. Nasib baik buat jem ni jadi. Haha!

4 comments:

  1. Nak beli mahal ni...Napelah tak dapat idea mcm ni haritu. Bazir je strawberi adik beli dari cameron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun rasa sayang je dengan buah-buah tu. Mama akak nak let go je memula, tapi akak tetiba teringat nak buat jem. Dia bukan busuk, cuma lembik sikit.. hihi

      Delete
  2. hehehehe
    dapat elak dari buang
    bagus2

    ReplyDelete