KENALI APA ITU HYPOPHRENIA

KENALI APA ITU HYPOPHRENIA - Pernah tak bila korang duduk seorang diri, tiba-tiba muncul satu perasaan sedih. Yang peliknya, korang tak tahu pun kenapa korang sedih. Tahukah itu antara simptom Hypophrenia? So, untuk korang yang bertanya, aku nak share sikit untuk korang kenali apa itu Hypophrenia.

Hypophrenia adalah salah satu daripada penyakit mental juga. Tidak banyak info yang dapat dicari di Google. Apa yang aku jumpa, ianya lebih disebabkan oleh kerencatan mental. Perkara ini adalah mainan psikologi.

KENALI APA ITU HYPOPHRENIA

Mereka yang mengalami Hypophrenia ini sentiasa cenderung dan nak perhatian lebih. Adakala, mereka akan membuat post-post sedih di laman media sosial. Ada juga yang jenis menangis tiba-tiba tanpa sebab yang kukuh.

Selalunya, perkara ini terjadi kerana seseorang individu itu berasa kesunyian. Untuk korang yang mengalami simptom Hypophrenia ini, dinasihatkan lebih mencari aura positif dan jangan sentiasa duduk seorang diri.

Lebihkan aktiviti yang tidak membuatkan korang bosan. Bukan apa, jika terlalu melayan perasaan, risau korang sendiri yang akan menggalakkan penyakit mental ini berlarutan. Stay positive and healty, okay?

No comments:

Post a Comment