BIRTHDAY TREAT DI KYOCHON MYTOWN SHOPPING CENTRE

BIRTHDAY TREAT DI KYOCHON MYTOWN SHOPPING CENTRE - Ulangtahun aku dah berlalu beberapa minggu. Tapi tuan suami masih berhutang belanja makan. Kami selalu berkira-kira sikit nak makan benda mahal sebab masing-masing jobless. Hanya kerja part-time je. Semalam tiba-tiba tuan suami nak buat birthday treat di Kyochon Mytown Shopping Centre.

Nak pergi MyTown ni, Allah saja yang tahu betapa susahnya. Ingatkan ikut waze terus sampai, tapi mencabar pulak perjalanan kali ni. Semalam, aku pergi majlis harijadi Rio Rayyan, anak buah sebelah tuan suami. Balik daripada majlis, tuan suami ajak pergi MyTown.

BIRTHDAY TREAT DI KYOCHON MYTOWN SHOPPING CENTRE

Ikut waze, memang dah dekat. Dah nak dekat sampai, jalan ditutup. Tuan suami tak putus asa, pergi lagi. Nak juga bawa aku pergi MyTown. So ikut waze lagi sampai bergaduh lakibini dalam kereta tempat dituju tak sampai-sampai. Entah memana laa si waze ni bawa kami. Tol bayar tanpa sebab, minyak habis tanpa sebab. Lastly, aku pilih route jauh sikit, jalan tanpa tol. Alhamdulillah.. selepas 2 jam atas highway, akhirnya kami sampai tempat dituju.

Punyalah excited weyyyy. Dah lama sangat aku duduk terperap dekat rumah. Bila masuk MyTown tu terus rasa macam rusa masuk kampung. Bila sampai depan Kyochon, aku pening. Ya Allah... kena beratur pulak. Baru teringat semalam weekend, memang ramai orang. Salah timing. Tapi sebab dah sampai, tuan suami suruh tunggu jugak.

Hampir setengah jam, baru dapat seat. Dapat duduk tu kemain lega tau. Lepas tu tengok para waitre & waitress yang busy melayan customer yang ramai. Dalam 10 minit, baru ada yang datang pada kami ambil order. Lepas order, kena tunggu lebih kurang 30 minit lagi. Dugaan sungguh.. nak makan ayam punya pasal.

BIRTHDAY TREAT DI KYOCHON MYTOWN SHOPPING CENTRE

KYOCHON GARLIC FRIED RICE (for 2 person) : RM 11 - Aku sangat suka dengan nasi goreng bawang putih ini. Firstly sebab aku penggemar bawang putih. Second, sebab nasi goreng ini dibuat daripada beras sushi. Tekstur nasi ini agak sticky dan berkanji. Memang cepat kenyang. Serius mula-mula aku rasa tak cukup semangkuk dia bagi. Lepas makan suku, sebu perut terus.

BIRTHDAY TREAT DI KYOCHON MYTOWN SHOPPING CENTRE

RED PEPPER WIGETTE & DRUMETTE (8 PCS) : RM 19 - Ada orang pernah suggest akujangan ambil yang ini sebab 'kurengggg', tapi bagi aku tekak setiap orang berbeza. aku suka flavour Red Pepper ini sebab aku suka pedas. Sedap sebab pedasnya agak menyengat. Kalau letak lebih sikit flavour dia lagi umpssss. Apapun puas hati.

BIRTHDAY TREAT DI KYOCHON MYTOWN SHOPPING CENTRE

HONEY SERIES (8 PCS) : RM 22 - Apa yang aku tahu, mereka gunakan madu sebenar pada salutan ayam ini, Sedap tapi cepat muak. Mungkin tekak aku tak dapat terima, tapi ada yang kata ayam salutan madu ini lebih sedap berbanding Red Pepper. Lagi satu, salad dia sedapnya Ya Allah....

Aku saja tanya tuan suami, "nak repeat tak?" .. Tuan suami senyum, angguk kemudian cakap... "InsyaAllah kalau ada rezeki lebih...". Mungkin repeat tahun depan pulak. Haha! Sekali sekala je dapat makan macam ni.  Aku tak putus doa semoga ada rezeki lebih untuk kami berdua. InsyaAllah.

Kenapa aku suka Kyochon? Sebab ayam dia rangup semacam dan rasa fresh gila. Rangup dia tu macam tak boleh describe pulak. Rangup yang mild dan tak keras. Kalau korang nak pergi, pergi weekdays sebab kalau weekend, kena laaa beratur tunggu turn.

The writer,
Tunsha Ayunie

6 comments:

  1. Sedap kan? Sally mmg fav KyoChon dari dulu...walaupun mahal tapi mmg puas hati :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang kata setahun sekali je tu. Sesekali teringin :D Memang mahal tapi memang puas hati jugak ...

      Delete
  2. sedapnyaaaa.. Mai tak pernah try lagi makanan korea, kena try juga sesekali nak tau kesedapannya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. terbaik,suka red pepper tu,tp xley mkn byk sbb pedas giler,,����berair hdung2 mkn��pedas kaw2,honey pun not bad,������������

    ReplyDelete
  4. Haopy belated birthday. Sedap menu kat situ. Tengok gambar pun dah terliur.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. nak try makan dekat sini lah nanti

    ReplyDelete