MAIESIOPHILIA OBSES DENGAN WANITA MENGANDUNG

MAIESIOPHILIA OBSES DENGAN WANITA MENGANDUNG - Zaman sekarang ni kebanyakkan wanita mengandung jadi obses nak tunjuk diorang punya babybump. Tanpa masing-masing tahu, yang diorang ni menjadi "simbol seksual" bagi individu-individu yang mempunya penyakit Maiesiophilia.

Golongan ini sama macam golongan yang obses terhadap kanak-kanak dan lain-lain. Perilaku individu yang mempunyai Maiesiophiolia, korang memang nampak dia biasa je. Tapi diorang boleh gunakan gambar selfie korang dengan perut memboyot tu, sebagai 'bahan' keghairahan.

MAIESIOPHILIA OBSES DENGAN WANITA MENGANDUNG

Masyarakat kita masih tidak didedahkan dengan golongan macam ni. Tapi sememangnya perlu hati-hati sebab penyakit psikologi seperti Pedhophilia dan Maiesiophilia jarang dapat dilihat dengan mata kasar.

APA ITU MAIESIOPHILIA?

MAIESIOPHILIA (Maie-Si-O-Phi-Lia) merupakan satu keghairahan seseorang individu terhadap wanita mengandung. Golongan ini akan sentiasa berasa ghairah serta akan berfantasi secara keterlaluan walaupun hanya melihat gambar perempuan yang mengandung je. 

Aku ada terbaca, MAIESIOPHILIA ni tidak menyalahi undang-undang, kira bukan jenayah la, berbeza dengan Pedofilia yang melibatkan kanak-kanak, ianya dianggap satu jenayah. Namun, sanggup ke korang jadi bahan keghairahan bagi Maiesiophilia ni?

Warga Maiesiophilia ni akan jadi terlalu obses dan bernafsu pada wanita mengandung. Jangan tak tahu, ada diantara diorang ni yang buat page khas untuk Maiesiophilia ni. Diorang kumpul gambar-gambar ibu mengandung yang dah ada babybump!

Apapun, korang hati-hatilah. Sebab ada kes yang tutup aurat, pakai baju longgar pun jadi mangsa imaginasi keghairahan golongan ni. Jangan kata pengidap Maiesiophilia ni hanya teransang tengok wanita mengandung pakai ketat-ketat je. Ada je kes yang siap membawa kepada rogol wanita mengandung. Nauzubillahminzalik. Ini kes berlaku di luar. Dekat Malaysia aku tak pasti. Hmm.. Semoga Allah melindungi kita semua.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment