MAS NAWAITU : PERNAH DIANGGAP GILA NAMUN SEMANGATNYA TETAP KUAT

MAS NAWAITU : PERNAH DIANGGAP GILA NAMUN SEMANGATNYA TETAP KUAT - Mungkin tak ramai yang mengenalinya tapi video dia beberapa kali viral sebab ada yang terhibur dengan keletahnya.

Aku tak pernah kenal dia secara lebih dekat, tapi aku sudah lama follow tentang kehidupan dia sejak viralnya video 'BERU-WANG' . Dia menerima kecaman hebat dari netizen kerana bagi netizen, dia tak sedar diri. Nak lelaki berduit tapi diri sendiri pun buruk. Itu kata netizen, tapi bukan dari aku.

Aku nampak dia sebagai 'sesuatu', seterusnya aku cuba follow dan buat research sikit tentang diri dia. Ternyata dia adalah seorang abnormal, yang cuba bahagiakan diri sendiri dengan bakat dan minat yang dia ada.

MAS NAWAITU : PERNAH DIANGGAP GILA NAMUN SEMANGATNYA TETAP KUAT

Mas Nawaitu adalah warganegara Singapura dan mengidapi penyakit Cerebral Palsy. Aku memanggil dia sebagai Kak Mas. Kak Mas membesar di atas kerusi roda. Kaki dan tangannya tidak normal macam orang lain. Walaupun Kak Mas serba kekurangan, tapi dia mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Aku sangat terinspirasi dengan Kak Mas.

Kak Mas pernah confess, minatnya mendalam terhadap seni dan teater. Dia suka berlakon didalam videonya. Dia juga suka menjadi DJ radio. Apa yang Kak Mas buat di dalam videonya, itu adalah sebahagian daripada minatnya.

Mungkin ada yang menyampah dengan Kak Mas sebab ada masa, Kak Mas over dalam edit gambar. Kak Mas juga selalu berangan untuk menjadi "pierching girl", dimana seorang gadis yang bertindik disitu dan disini. The other way, aku melihat dia hanya akan jadi macam tu bila jiwanya sedikit memberontak.

Namun, dia masih menjadi inspirasi aku untuk lebih menghargai hidup.


Bukan mudah untuk menghadapi kecaman orang ramai, namun Kak Mas tetap kuat menempuhi segala kecaman dan cemuhan netizen. Pernah saja dia dianggap gila dan attention seeker. Tapi Kak Mas tak kisah. Lagipun, apa saja yang dibuat oleh Kak Mas, terlebih dahulu mendapat izin kedua ibubapanya.

Hmm.. sejujurnya aku sendiri pun rasanya tak sekuat Kak Mas. Banyak yang aku perlu belajar untuk menjadi kuat sepertinya.

Walaupun hidup di atas kerusi roda, Kak Mas masih mampu mencuci bilik air, menari dan sebagainya. Dia langsung tidak meletakkan kekurangan dia sebagai lesen untuk tidak buat apa yang orang lain mampu buat.

Doa dan harapan aku buat Kak Mas, semoga sentiasa sukses dan sentiasa kuat. Aku sangat menyayangi dirinya, kerana banyak memberi inspirasi pada aku.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Mai dah lama tgk video ber"uang" dan aku suka rap kak Mas, tapi tak pernah terfikir untuk mengecam, sekadar rasa terhibur.

    Itulah dunia. Manusia suka mengecam dan membenci sesuatu yang dia belum kenal. Pelik.

    ReplyDelete