RESEPI IKAN DORI GORENG BERSAMA SOS KICAP HALIA

RESEPI IKAN DORI GORENG BERSAMA SOS KICAP HALIA - Ikan dori adalah ikan kegemaran aku dan tuan suami. Sebab isinya lembut dan tidak bertulang. Selalunya, ikan dori digunakan untuk buat Fish & Chip. aku belajar makan ikan dori ni lepas kawin dengan tuan suami, sebab Mama Nora suka beli ikan dori ni untuk buat kari.

Haritu tuan suami teringin nak makan ikan dori, so aku masak yang simple je dekat rumah Mama aku. Nak masak kari atau asam pedas, takut Lia tak makan. Aku buat goreng je, cicah dengan sos kicap halia. Harini aku akan share resepi Ikan Dori Goreng Bersama Sos Kicap Halia.

RESEPI IKAN DORI GORENG BERSAMA SOS KICAP HALIA

RESEPI IKAN DORI GORENG BERSAMA SOS KICAP HALIA
Bahan-bahan :
Sebungkus ikan dori - potong ikut saiz diingini, rendam 15minit dan tos sikit
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu lada hitam kisar
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk bawang putih
Garam secukupnya

Cara-cara :
Campurkan tepung jadung, tepung gandum, lada hitam, serbuk cili, serbuk bawang putih dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati. Gaulkan ikan dori di dalam tepung tadi dan goreng dalam minyak yang cukup panas. Biar tepung garing, angkat dan tos ikan.

Bahan-bahan sos kicap halia :
1 inci halia - disagat
7 sudu besar kicap cair
Sedikit air
1 sudu kecil madu
2 sudu besar jus limau
Secubit garam (jika perlu)

Cara-cara :
Sebatikan semua bahan di atas dan panaskan sebentar. Sedia untuk dihidang.

NOTE : Disebabkan ini menu kering, korang boleh sediakan sup. Masak air dengan kiub ikan bilis, daun bawang dicincang dan bawang goreng. Masak hingga mendidih, dan boleh dihidang bersama menu yang lain.

Senang ke tak? Selamat mencuba.

1 comment:

  1. senang dan sedap ni.. makan ratah macam tu tak makan nasi pun jalan dah hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete