RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP

RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP - Ini entri untuk korang yang rajin. Kalau malas janganlah baca. Resepi serunding halia ikan bilis rangup ini walaupun sedap, nak buatnya, masyaAllah.... perlukan kesabaran yang tinggi uolssss. Kejap-kejap kena kacau, api kena jaga. Nama pun serunding, kena selalu kacau. Kalau tak, jadi tak sekata.

Serunding halia ni elok untuk wanita yang dalam berpantang. Haritu adik ipar aku dalam pantang, aku saja je try buat serunding halia ni tapi adik ipar aku taknak makan. haha! Dia takut dengan halia. *ok tipu*. Lastly aku sendiri yang pulun ratah serunding ni. Sedap pulak. Hahaha! Nampak tak puji melangit?


RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS RANGUP
Bahan-bahan :
2 ketul halia - parut halus
5-6 ulas bawang putih - parut halus
Segenggam ikan bilis - basuh dan kisar kasar
1 sudu kecil biji ketumbar - kisar kasar

Cara-cara :
Bahan parut tadi ditoskan airnya. Perah manja-manja je. Kemudian, panaskan minyak. Minyak kena lebih sikit ye? Dengan api sederhana, masukkan bahan parut dan kisar. Sentiasa gaul bahan tadi. Biarkan seminit dan gaul lagi hingga warna bahan bertukar jadi gelap.

Kemudian, angkat serunding tadi dan toskan lebihan minyak. Tak perlu garam sebab ikan bilis pun dah masin. Bawang putih pula dah bagi rasa semulajadi dalam serunding. Selamat mencuba.

Oh ya, kalau korang malas nak buat serunding halia ni, boleh je beli dekat Kak Ummu Solehah. Whatsapp beliau di www.wasap.my/+60177015787

No comments:

Post a Comment