SAKIT HATI GAMBAR ROSAK DALAM SD CARD

SAKIT HATI GAMBAR ROSAK DALAM SD CARD - Selama ni aku memang tak pernah sentuh SD Card Storage, sebab masa tu aku tak tahu pun macam mana nak transfer *haha* . Malas pulak nak search so aku biarkan jela Phone Storage aku penuh.

Harini aku belek-belek handphone, lepas tu baru perasan tinggal berapa kerat ruang je lagi untuk aku isi macam-macam dalam phone storage tu. Masa ni barulah teringat pasal SD Card tu. Mula-mula aku copy-paste, okay je. Lepas tu aku punya malas nak tunggu lama-lama, aku pun cut-paste dari phone ke SD Card. Lama lah jugak tunggu dalam 15minit... sekali.............


Keluar macam ni je. File tak dapat baca. Meracau jugak lah aku tadi masa dialisis, sampai semput. Frustrated punya pasal. Tapi dah jadi nak buat macam mana kan? Puas aku cari solution, tak jumpa jugak. Lastly aku redha.

Nanti tangkaplah gambar cantik-cantik lagi kan? Bak kata suami, gambar je pun. Jauh di sudut hati, masih sedihlah sebab setiap gambar ibarat mengukir sebuah memori. Lepas ni kalau tangkap gambar, terus nak transfer dalam pendrive. SD Card aku buang ke tepi je. Sakit hati.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Mungkin tu tanda SD kad dah nak luput.

    SD kad pun ada jangka hayatnya.

    Boleh consider untuk beli baru la kot.

    Hehe.

    Latest post: Pisyek.com dan Bootstrap 4

    ReplyDelete
  2. omaigadddd kite selalu jadi cam ni.. habis gambar nak buat asgment haha jadi blank je..lagi stresss T_T
    follow sini #40

    ReplyDelete