SAMBAL HITAM TANPA BELIMBING REBUS

SAMBAL HITAM TANPA BELIMBING REBUS - Sambal hitam boleh kata sambal yang mesti ada untuk rakyat negeri Pahang. Daripada pengetahuan aku, sambal hitam memang asalnya dari negeri Pahang. Pembuatannya agak renyah dan jika ingin beli, memang harganya agak mahal.

Kenapa? Sebab awal pembikinan sambal hitam ini dimulai dengan merebus belimbing buluh selama beberapa jam, hingga ianya bertukar menjadi warna hitam. Seterusnya dimasak dengan bawang, cili dan ikan bilis. Tapi, tahukah korang, kita juga boleh buat sambal hitam tanpa belimbing rebus?

Mama aku bukanlah orang Pahang. Mama berasal dari Perak Utara. Tapi Mama suka mencuba pelbagai resepi. Beberapa bulan sebelum ini, kawan Mama selalu bagi belimbing buluh. Dekat rumah ni tak semua pandai makan belimbing buluh, so Mama cuba buat sambal hitam.

SAMBAL HITAM TANPA BELIMBING REBUS

Amat mudah menyediakan resepi ini. Belimbing buluh dibelah kecil, bawang besar dan cili dikisar, ikan bilis digoreng serta garam dan gula secukup rasa juga minyak secukupnya.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan belimbing dan masak hingga separuh kering kemudian masukkan ikan bilis. Sebatikan rasa dengan garam dan gula. Kemudian tapis minyak yang berlebihan.

Ini cara Mama masak sambal hitam tanpa belimbing rebus. Aku suka versi Mama sebab masam, masin, dan manis adalah sekata.

Mungkin bermanfaat untuk korang. Sekian.

1 comment: