SINOPSIS AKU NAZMI CEREKARAMA TV3

SINOPSIS AKU NAZMI CEREKARAMA TV3 - Macam lama pulak aku tak update pasal drama cerekarama ni kan? Aku jarang tengok Tv tapi aku perasan ada iklan trailer, drama berjudul Aku Nazmi. Pengarah pun bernama Nazmi. Idea asal adalah dari Nazmi Kamarulzaman.

Siapakah Nazri ni? Aku ada buat research, beliau adalah seorang insan berstatus Orang Kurang Upaya yang mengalami penyakit Cerebral Palsy, sama seperti Mas Nawaitu, seorang wanita yang aku pernah tulis tentangnya di --> MAS NAWAITU : PERNAH DIANGGAP GILA NAMUN SEMANGATNYA TETAP KUAT .

SINOPSIS AKU NAZMI CEREKARAMA TV3

JUDUL : AKU NAZMI
GENRE : Drama
HARI/MASA : Sabtu,  31 Mac 2018, jam 9:00malam
SLOT : Cerekarama TV3
IDEA : Nazmi Kamarulzaman
PENGARAH : Azman Hj Yahya
PENERBIT : JS Pictures
PELAKON : Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie & Noralbaniah

SINOPSIS AKU NAZMI
Mengisahkan Nazmi yang mengalami penyakit Cerebral Palsy dan bergelar OKU. Sungguhpun begitu, Nazmi seorang yang berdikari dan mempunyai perniagaan sendiri di atas talian atas bantuan sepupunya, Rafi. Melalui perniagaannya, Nazmi berkenalan dengan seorang gadis bernama Ilya, yang juga merupakan seorang OKU pekak dan bisu. Mereka mula menyemai benih-benih cinta.

Aku harap ramai yang support dan menonton drama Aku Nazmi. Ramai masih tak buka mata dengan pesakit yang mengidap Cerebral Palsy ni. Jom sama-sama kita support :)

Aku juga sertakan link Nazmi Kamarulzaman disini.

No comments:

Post a Comment