SINOPSIS DRAMA MONALISA ASTRO PRIMA DAN MAYA HD

SINOPSIS DRAMA MONALISA ASTRO PRIMA DAN MAYA HD - Drama Syurga Yang Kedua akan tamat pada hari ini. Haaa korang boleh tarik nafas lega lah kan  sebab dah tak payah nak tengok si Vivy tu. Tapi aku kesian lah jugak sebab si Vivy ni jadi mangsa keadaan. Siapa kata Vivy jahat? Ohhh emosi tau.

So, sebagai drama ganti, korang boleh layan drama berjudul Monalisa pulak lepas ni. Monalisa ini dilakonkan oleh Zara Zya dan Nazim Othman serta dibantu oleh Hafreez Adam dan Mona Allen. Drama ini adalah adaptasi dari Telenovela Korea berjudul Two Women's Room. Haaa peminat Korean Drama mesti taknak lepaskan peluang menonton kan?

SINOPSIS DRAMA MONALISA ASTRO PRIMA DAN MAYA HD



JUDUL : MONALISA
MASA/HARI : Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 20 Mac 2018
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Laila Nasir, Zulkifli Saleh, Iman Suhana, Shahriza Mahmud, Shah Radhi Hazvee, Hasnah Hashim, Elmy Moin & Fatin Nur Afifah

SINOPSIS MONALISA
Kisah tentang hidup Melissa (Zara Zya) yang dikhianati oleh orang-orang yang rapat dengannya. Melissa merupakan seorang pewaris hotel yang terkenal. Dia mempunyai hubungan cinta dengan Johan (Nazim Othman), yang juga merupakan pengurus hotel itu.

Melissa telah bertemu dengan Ramona (Mona Allen) selepas kejadian dia terlanggar mayat bapa tiri Mona. Akibat dari kejadian itu, Melissa diselubungi rasa bersalah. Mona yang ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan Melissa, berbuat baik dengan Melissa.

Melissa yang menyangkakan Mona seorang kawan yang tulus, telah menganggap Mona sebagai kawan baiknya. Dalam diam, Mona semakin cemburu dengan kekayaan Melissa dan bercadang akan merampas segala apa yang menjadi milik Melissa.

Disaat Melissa kecewa dengan apa yang terjadi, seorang ketua chef di hotel itu juga yang merupakan rakan baiknya, Adam Hakim (Hafreez Adam), bercadang untuk membantu Melissa untuk mendapatkan hak Melissa semula.

Disamping itu juga, Melissa merancang untuk membalas dendam dan merampas kembali semua haknya yang dirampas Mona.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. belum berkelapangan lagi tonton drama ni..anyway, done follow ur blog..

    ReplyDelete
  2. Best jugak drama Monalisa ni. Bolehlah layan nanti

    ReplyDelete