SINOPSIS TULUS CINTA CEREKARAMA TV3

SINOPSIS TULUS CINTA CEREKARAMA TV3 - Dah lama tak layan telefilem arahan Ellie Suriaty. Ellie Suriaty adalah seorang pelakon dan pengarah yang memang aku minat. Sempena Drama Festival Kuala Lumpur, TV3 akan menyiarkan telefilem arahan Ellie Suriaty yang berjudul Tulus Cinta, lakonan Amar Asyraf, Elizad Sharifuddin dan Puteri Aishah.

Drama ini adalah inspirasi dari kisah benar mengenai seorang pelajar tahun akhir jurusan undang2 yang mengidap kanser lalu dia berputus asa dengan hidup.

SINOPSIS TULUS CINTA CEREKARAMA TV3

JUDUL : TULUS CINTA
HARI/MASA :  Sabtu, 17 Mac 2018, 9.00 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Ellie Suriaty OmarTERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf, Puteri Aishah, Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka

SINOPSIS TULUS CINTA CEREKARAMA TV3

SINOPSIS TULUS CINTA
Maira Suraya seorang anak tunggal dan pelajar jurusan undang-undang. Dia disahkan mengidap leukimia dan barah tulang. Sejak mengetahui sakit yang dihidapinya, Maira mula menyendiri. Dia seolah tidak dapat menerima takdir bahawa dirinya berpenyakit.

Satu hari, Maira memberontak dan menjerit-jerit di dalam sungai. Seorang lelaki bernama Azim Arasy, melihat keadaan itu dan mengekori Maira. Maira kemudian pengsan dan dihantar ke hospital.

Azim banyak meluangkan masa bersama Maira. Maira mula menyimpan perasaan pada Azim atas segala kebaikan dan kasih sayang yang dicurahkan Azim.

Disaat hatinya tenang, tiba-tiba seorang gadis bernama Hana Melissa menemui Maira dan mengaku dia akan berkahwin dengan Azim. Perkara itu membuatkan Maira kembali murung dan sedih.

Azim juga menaruh perasaan pada Maira, namun dia tidak sampai hati menghancurkan perasaan Hana. Azim ingin jadikan Maira yang kedua baginya, perkara itu menjadikan Maira bertambah tertekan.

Jangan lupa saksikan telefilem menarik ini di slot Cerekarama TV3, jam 9 malam.

2 comments:

  1. alaaaa.... kak pip tiada saluran TV ... mcm best la cerita ni...
    hope boleh lah tengok online nnt ...

    ReplyDelete