ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 1

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 1 - Ok, untuk ulasan Monalisa episod 1 ni, scene lebih kepada pengenalan sebenarnya. Melissa sebagai watak utama, mempunyai seorang adik perempuan yang mengidap autism. Namanya Melina. Comel kemain si Melina ni, makin comel sebab bawak watak autism, Tapi sayangnya, Mama kepada Melissa dan Melina ni macam tak boleh terima keadaan Melina yang macam budak-budak tu. Papa diorang okay je.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 1

Teman lelaki Melissa, iaitu Johan, adalah anak pemandu dan pembantu rumah Melissa. Johan bekerja bagus di hotel Monalisa. Namun, dia jadi malu untuk mengaku mak dan ayahnya hanya seorang pembantu.

▶▶▶ BACA : SINOPSIS DRAMA MONALISA

Ramona pula bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel. Ramona ni anak orang susah. Mak dia meniaga dekat kedai makan. Bapak tiri dia pulak kaki judi. Ramona dibuang kerja gara-gara pelanggan di hotel membuat aduan tentang dirinya, sedangkan Ramona tak buat salah apapun.

Oleh kerana Ramona memerlukan pekerjaan itu, dia sanggup melakukan apa saja. Dan pengurusnya telah menawarkan Ramona sesuatu.

No comments:

Post a Comment