ADIK JUAL KEREPEK POPIA BERKEJU PEDAS

ADIK JUAL KEREPEK POPIA BERKEJU PEDAS - Aku bangga dengan adik bongsu aku ni sebab dari kecik dia ada minat dalam berniaga. Aku pun minat tapi semakin hari tubuh badan aku tak terdaya. Aku merancang untuk mula berniaga lepas aku buat pembedahan paratiroid Julai ni.

Berbalik kepada cerita adik aku, dia ada tugasan usahawan untuk kolej dia. So dia dengan kawan-kawan dia adalah jual kerepek popia dengan coklat. Tengok semangat adik aku, aku macam bangga gila dengan dia.

ADIK JUAL KEREPEK POPIA BERKEJU PEDAS

Walaupun sekadar gunting kulit popia, tapi masa dan tenaga tu amat memenatkan. Aku pernah tengok adik aku buat kerja dari pagi sampai bawa ke malam. Itu pun dengan bantuan seorang kawan dia. Kali ni dia lebih suka buat sendiri tanpa bantuan. Semangat!

Aku minta satu sebab teringin punya pasal. Sejak tuan suami aku sakit, aku memang duduk dekat rumah mertua dan hampir 2 minggu aku tak balik Rawang. Demi kasih sayang adik aku terhadap aku, semalam dia bekalkan aku kerepek ni. Rasa nak menangis pulak.

Aku doakan semoga adik aku berjaya dalam projek usahawan dia ni, seterusnya dia akan berjaya di masa akan datang. Aku dulu sekolah tak berapa pandai, so bila tengok adik-adik aku berjaya, aku happy.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment