AUNI JUMPA DOKTOR PSIKIATRI

AUNI JUMPA DOKTOR PSIKIATRI - So tadi aku decide nak pergi jumpa doktor Psikiatri memandangkan keadaan aku yang makin teruk ni. Sebenarnya aku malu nak confess pada dunia, aku ada satu penyakit yang aku sendiri tak tahu. Kadang aku tak kenal pun siapa diri aku. Emosi aku setiap masa terganggu.

Sekarang aku banyak share dengan biras aku memandangkan kakak dia Pakar Psikiatri. Bila aku cerita, dia suggest aku jumpa doktor. Even tuan suami pun dah lama suruh aku pergi jumpa doktor Psikiatri tapi aku malu, aku takut, dan aku risau semua orang akan anggap aku gila. Tak semua orang open-minded bila melibatkan perkataan PSIKIATRI.

So berbalik pada kisah aku jumpa doktor tadi. Asalnya aku checkup dengan doktor Nephro. Disebabkan result darah aku agak teruk, dia tanya aku, aku ada sembunyikan apa-apa ke sampai tak jaga makan, ubat skip segala bagai? Aku terus confess, yang aku stress dan aku banyak kali cederakan diri sendiri dan tuan suami.

AUNI JUMPA DOKTOR PSIKIATRI

Doktor pun tanya aku, aku nak pergi refer Psikiatri tak? Aku diam kejap dan aku menurut je. Aku rasa macam dah tiba masa untuk aku tahu apa masalah aku. Aku lalui benda 'gila' ini sejak aku kecil tanpa aku tahu, kenapa aku sampai tahap DEPRESSI.

Setelah berjumpa dengan doktor Psikiatri, banyak soalan yang dia tanya. Tentang kisah silam aku dan sebagainya. Dan awal diagnose dia adalah, aku mengalami depressi (kemurungan) dan Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) .

Dan doktor kata, kalau aku biarkan, lama-lama aku akan buat perkara yang lebih teruk. Aku bila dengar macam tu aku terus jadi takut, terkejut, panik dan lagi macam-macam aku fikir. 

Adakah doktor akan kata aku AKAN GILA?
Ya, kalau depress aku bercampur dengan PTSD dan tidak dirawat segera, aku mungkin akan jadi GILA.

Tapi alhamdulillah, aku masih bersyukur Allah SWT selamatkan aku dari bertindak lebih agresif. Aku masih boleh kawal setiapkali aku mula jadi agresif. Cuma bila tak boleh kawal, aku rasa aku taknak tengok muka sesiapa. Aku lebih suka menyendiri.

Hopefully bila korang baca apa yang aku cerita ni, korang masih sudi kawan dengan aku. Sebab aku tak ramai kawan. Kesian gila hidup aku kan? Nak bergaul pun aku tak pandai. Dan disebabkan itu juga aku punya depressi makin teruk. Aku hanya perlukan support je. Doakan aku baik-baik saja dan terhindar dari emosi yang mengarut ini ye?

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. Jangan fikir bukan-bukan kak Onni, kami semua sayang akak. Semua orang ada struggle masing-masing, dan tak patut tinggalkan kawan kita yang struggle dalam dunia dia, kan.

    Bagus akak berani untuk amik step pertama ni. I'm so proud of you.

    Semoga selepas hujan, muncul pelangi dalam hidupmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mai, akak hargai sangat support dari Mai. Thanks a lot tak tinggalkan akak sendiri. InsyaAllah, moga muncul pelangi setelah ku redahi hujan yang penuh ribut dan petir ini :)

      Delete