JAGA SUAMI DALAM WAD

JAGA SUAMI DALAM WAD - Dah lama tinggalkan blog. Rasa sedih hati bila tengok tuan suami sakit. Masuk minggu ini, dah dua minggu tuan suami tak boleh berjalan. Tak tahulah apa masalahnya. Aku rasa macam asalnya salah aku sebab tak refer tuan suami ke hospital.

Waktu dia collapse, aku ingat biasa je sebab dia penat tak makan. Dia collapse hari Isnin, dan hidup dia mengensot je selama 4 hari. Hari Jumaat pagi, tuan suami dah boleh berdiri dan berjalan. Aku memang bersyukur sangat-sangat. Allah SWT makbulkan doa aku. Tapi hakikatnya, petang Jumaat tu, tuan suami kembali kepada tak mampu berdiri.

Parent aku bawa tuan suami balik Ampang. Di Ampang, FIL aku urut-urut. Tak berkurang pun, tuan suami masih tak boleh berdiri. Kencing berak tak boleh control. Aku dah risau sangat. Aku jadi down. So Mama aku suggest bawa tuan suami ke hospital. Dan akhirnya tuan suami akur. Kami panggil ambulans datang, ambil tuan suami pada hari ke-8 selepas kejadian.

JAGA SUAMI DALAM WAD

Itulah pengalaman pertama duduk dalam ambulans. Punyalah susah diorang nak angkat tuan suami masa tu. Alhamdulillah urusan dipermudahkan pada hari tersebut. Duduk dekat zon kuning dan diambil darah. Lama duduk dekat Unit Kecemasan. Dari 9:30am sampailah dekat pukul 3:00pm. Akulah yang ke hulu ke hilir settlekan apa yang patut.

Tunggu punya lama, M.O periksa tuan suami dah suruh tuan suami balik. Aku angin laaa kan? Tak periksa apa sangat terus suruh balik. Ada drama airmata masa tu, aku merayu untuk kasi tuan suami warded. Aku nak tahu apa masalah dia.

Akhirnya pakar tulang periksa tuan suami pulak dan benarkan tuan suami admitted ward. Aku lega sangat-sangat. Alhamdulillah. Sepanjang tuan suami didalam wad, aku memang tidur dalam wad. Jaga tuan suami sebaiknya, makan minum dia semua.

JAGA SUAMI DALAM WAD

Hari kedua, tuan suami buat CT Scan. Hasil dari CT scan, mendapati tuan suami ada pendarahan otak. Allahuakbar.... hmm tuan suami kata, sakit dia ni asbab je. Doktor pula kata, mungkin tuan suami kena stroke masa dia jatuh tu.. mungkin lah. Doktor tak cakap detail pun.

Hari kelima, tuan suami dah boleh discharge. Mula-mula sakit jugak hati aku. Aku harap sangat doktor hantar tuan suami buat fisio tapi takde. Suruh balik macam tu je. Macam takde plan untuk tuan suami. Aku sakit hati weyyyy...

Lepas tu diorang kata, diorang akan bagi tarikh untuk MRI tuan suami. Kata hari Isnin akan inform. Harini dah Rabu tapi aku tunggu tak dapat apa-apa call pun. Sakit hati gegila tau... Aku blur macam mana nak dapatkan comfirmation dari diorang, nombor telefon pun aku tak ada.

Hmm... apa aku harus buat ek? Anyway mohon doa semua supaya tuan suami boleh berjalan semula.

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments:

  1. Ya Allah kesiannya.. cubalah peringatan traditional Pula auni. Mama syorkan alhidayah medic milik hj lokman Di gombak. Semoga Tuan Suami cepat sihat

    ReplyDelete
  2. Semoga dipeemudahkan semuanya... Auni tak try call wad di mana tuan suami ditempatkan, tanya pasal temujanji tu... Atau cuba check kad rawatan tuan suami, ada tak nama doktor yg rawat tuan suami, kot2 boleh call pej doktor tu...

    ReplyDelete
  3. Semoga tuan suami cepat sembuh... Dan auni terus kuat ye..

    ReplyDelete