KEPENTINGAN ORGAN BUAH PINGGANG PADA TUBUH BADAN MANUSIA

KEPENTINGAN ORGAN BUAH PINGGANG PADA TUBUH BADAN MANUSIA -  Kalau zaman aku kecil dulu, orang jarang sangat nak ambil tahu tentang kepentingan buah pinggang. Sebab kita pun tidak begitu diajar tentang organ yang paling penting dalam tubuh badan kita ini.

Ya! Buah pinggang atau dikenali sebagai ginjal, adalah organ yang PALING PENTING dalam tubuh badan manusia. Jika buah pinggang sudah kehilangan fungsi, ianya akan memberi komplikasi terhadap segala organ yang lain.

KEPENTINGAN ORGAN BUAH PINGGANG PADA TUBUH BADAN MANUSIA


Buah pinggang ataupun ginjal ialah sepasang organ yang berbentuk seperti kacang dan menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Ya, PENTING!


FUNGSI BUAH PINGGANG DI DALAM TUBUH

⦿ Membuang urea dan toxin dalam badan.
⦿ Membuang cecair yang berlebihan dalam badan.
⦿ Mengawal tekanan darah.
⦿ Mengawal asid dalam darah.
⦿ Mengawal mineral dalam darah.
⦿ Menghasilkan hormon untuk membentu sel darah merah (erythropotein) dan aktif Vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Terlalu banyak fungsi buah pinggang yang kita tidak ambil tahu. Jagalah buah pinggang korang baik-baik. Elakkan makanan tinggi pengawet kerana pengawet mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang. Kurangkan air manis dan perbanyakkan minum air kosong. Boleh amalkan minum air buah. Dan aku mohon, kurangkan makanan tambahan atau supplement. Kalau nak ambil supplement juga, jangan bercampur-campur.

Akhir sekali, sebagai manusia, janganlah kita terlalu obses untuk menjadi putih atau kurus dengan cara yang cepat. Kerana di kemudian hari, ianya akan membinasakan diri kita sendiri. Ini nasihat dari seorang insan yang bergelar pesakit KEGAGALAN BUAH PINGGANG KRONIK TAHAP AKHIR.

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments:

  1. teringat kat arwah mertua abang ipar yg buah pinggang dia mengecut dan kena pergi dialysis setiap minggu dan sampai bila2 tapi kena stop sebab faktor usia..

    semoga Auni diberikan kesembuhan dan akk tau Auni tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, dialisis memang perlu hingga akhir hayat. Kalau yang masih muda ada harapan untuk pemindahan buah pinggang (transplan) . Terima kasih atas moral support kak fuzy :)

      Delete
  2. moga auni terus kuat..mmg mcm senang je cakap tapi hanya orang yg menghidap je tahu kan...

    ReplyDelete