LEPAK MAKAN DI BLACK CANYON COFFEE AEON MALURI

LEPAK MAKAN DI BLACK CANYON COFFEE AEON MALURI - Cadangan asalnya nak makan ais kepal milo, tapi melencong pulak ke tempat lain. Ini cerita pasal aku dengan Staff Nurse yang aku rapat dekat Unit Dialisis, Hospital Ampang. Aku panggil dia Kak Mija.

So habis dialisis aku tunggu Kak Mija. Aku ingat Kak Mija seorang je, rupanya kawan baik dia Reen, pun ada sekali. Diorang planning nak makan lunch, masakan ala-ala kampung. So Reen drive ke Maluri tapi sayangnya kedai tutup. Tukar plan, makan dekat Aeon Maluri. Maka Reen decide nak makan di Black Canyon Coffee. Kopi disini yang buat Reen addicted. Bukan dia je, aku pun addicted jugak.

Black Canyon Coffee ini banyak menyediakan makanan ala Thai. Aku sebelum ini teringin nak makan Pad Krapow, tapi bila menu depan mata, takde laaa pulak rasa nak order. Mengada.

LEPAK MAKAN DI BLACK CANYON COFFEE AEON MALURI
Black Canyon Iced Coffee - RM 9.95

Inilah kopi yang buat Reen addicted. Sampai titisan akhir pun rasa dia wowww sangat. Aku biasa je minum kopi yang sedap tapi bagi aku Kopi Ais dekat Black Canyon ni sangat memenuhi halwa tekak aku sebagai pencinta kopi. Manis pahit yang sekata. 

LEPAK MAKAN DI BLACK CANYON COFFEE AEON MALURI
Spicy Stir-Fried Pasta with Seafood and Chili Paste - RM 11.90

Ini Reen punya menu, ada pilihan Spagetti ataupun Fusilli. Masa dapat rupa dia takde la semegah sangat tapi bila rasa, maka dimaafkanlah rupanya itu. Sedap rasa garlic. Ini dia ada promo set, didatangkan dengan Tomyam Enoki. Sedap tomyam dia. Manis-manis masam gitu.

LEPAK MAKAN DI BLACK CANYON COFFEE AEON MALURI
Fish N' Chip

Yang ni aku tak ingat harga. Aku baru lepas dialisis so aku blur nak makan apa. Kak Mija pun sama. So kita berdua order Fish N' Chip aje. Not bad jugak sebab ikan dia besar. Tapi sos dia aku rasa dia guna mayonis je, bukan tartar sos. Aku rasa lah sebab dari tastebud aku kan?

LEPAK MAKAN DI BLACK CANYON COFFEE AEON MALURI
Grilled Chicken Salad - RM 10.90

Tiba-tiba Reen suruh order side dish. Lastly dia yang order sendiri. Salad macam ni sihat jugak tapi bagi aku ayam dia dah macam kering sangat. Sos dia pun sedap, ada rasa elemen kekacang sikit. Aku puji sayuran-sayuran dia agak fresh. 


Apapun aku masih addicted la dengan dia punya Coffee. Apsal entah sedapnya bila masuk tekak. Kalau stress, dapat kopi macam ni, comfirm hilang stress aku. Anyway aku nak say thanks to SN Miza dan Reen sebab sudi luangkan masa dengan aku yang ada masa kesunyian ini. Ok propa. Kbai.

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments:

  1. Wuishh macam best je makan kat sini..tempat dia menarik gak.
    Singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. Paling teruja kat kopi je sebab fevret zumal. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Ohh I love coffee!! Paling suka latte. Suka yang light je :) Sedapnya nampak gambar kopi di atas. Hii.

    Nway, Jemput singgah blog dan join giveaway segmen di blog Siqah :)


    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA


    ReplyDelete