PUAS DAPAT MAKAN CILI HIJAU GORENG BELACAN

PUAS DAPAT MAKAN CILI HIJAU GORENG BELACAN - Entri santai je lah petang-petang ni sebab aku masih blur nak menulis. So aku saja nak share, aku lately teringin sangat nak makan cili hijau goreng belacan. Padahal tak pernah makan pun.

Aku tak tahu lah ada yang pandai makan ke tak. Sebab bagi aku cili hijau goreng belacan ni satu menu yang rare, jarang orang buat. Even kalau pergi kedai masakan kampung pun, tak jumpa lagi. Aku pulak haritu saja search resepi, ada lah 2-3 orang je yang share resepi.

PUAS DAPAT MAKAN CILI HIJAU GORENG BELACAN

Sebenarnya based nak masak cili hijau goreng belacan ni sama macam korang masak kangkung goreng belacan atau sayur lain yang digoreng dengan rencah kangkung goreng belacan.

Cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan ditumbuk. Boleh jugak letak ikan bilis. Tumis dengan sedikit minyak dan masukkan cili hijau dan sedikit air. Tutup kuali dan biar cili hijau layu. Garam sebagai syarat je, jangan banyak. Dah siap!

Harini alhamdulillah ibu mertuaku Mama Nora merealisasikan keinginan aku untuk makan cili hijau goreng belacan ni. Puas Allah SWT yang tahu. Licin pinggan. Pekena pulak dengan ayam masak lemak cili api. Aku rasakan bagai berada di syurga. Makan macam ni hari-hari pun takpe. #SesiMenggemukkanDiri

The writer,
Tunsha Ayunie

9 comments:

  1. First time dengar..rasanya pernah makan kat Guangzhou dulu..cuma x tau la rasa ada belacan ke tak..x pedas ke auni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas manja je kak... sedap overdose dekat tekak auni..

      Delete
  2. Xpernah rasa tp terbayang msk cili api yg sedap..adoi lapar lak tengok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang ni memang partner yang sedap tau ami..

      Delete
  3. Kin memang takbolehhh hat pedah2 ni. Lagi2 bila libatkan cili hijau jee.. Tumis sayur pedas sikit tak apa, tapi bila cilihijau sajaaaa, memang boleh pengsan cuma taknak pengsan2 jugak hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaha akak rasa cili hijau ni lepas masak tak pedas pun. Nak masak pun kena buang biji dia, baru tak melahar sangat dalam perut.. Janganlah minta pengsan, akak dulu selalu pengsan dah tak rasa diri macam orang dah.. rasa macam zombi.. lulzz

      Delete
  4. Pernah makan banyak kali tp xpernah buat..bila ada cili hijau asyik buat yg lain jer lepastu baru teringat nk buat..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nak matikkkk. Boleh kata penambah selera. Tapi kalau perut tak tahan mohon lupakan saja. Hehe

      Delete
  5. Wah, sedaapnyer sedaapnyer. Tetiba rasa lapar...

    ReplyDelete