MANFAAT AIR LAUT UNTUK KECANTIKAN

MANFAAT AIR LAUT UNTUK KECANTIKAN - Kalau tengok air laut, ketenangan tiba-tiba tercetus dalam diri. Siapa disini yang sukakan air laut? Aku memang obses dengan laut. Tapi sekarang ni laut tak sebersih dulu. Ada air laut yang tidak terpelihara akibat pertumpahan minyak dan sebagainya.

Bagaimana jika air laut yang bersih? Aku saja nak kongsi kaitan air laut untuk kecantikan. Ini mungkin berguna untuk korang yang tak ada alergik terhadap air laut. Kulit aku ada alergik sikit. Harapan aku, moga bermanfaat perkongsian ini untuk korang.

MANFAAT AIR LAUT UNTUK KECANTIKAN
SUMBER : https://rosamondpress.com/2013/07/22/with-beauty-by-sea/

1. DETOX KULIT
Salah satu manfaat yang korang boleh dapat dari air laut yang kaya dengan mineral ini adalah, kulit yang lebih bersih. Kandungan mineral yang terdapat dalam air laut mampu menyingkir racun dalam tubuh dan kulit, termasuk bakteria yang menjadi punca jerawat.

Garam di laut mempunyai sifat alami yang dapat mengurangi kelembapan, sejurus itu air laut juga dapat mengawal minyak berlebihan yang biasanya akan membuat pori-pori tersumbat. Garam yang ada di dalam laut juga dapat membantu membersihkan pori-pori secara mendalam dan korang akan rasa kulit lebih bersifat semulajadi.

2. PENGELUPASAN
Butiran-butiran garam yang terkandung dalam air laut sangat elok dijadikan skrub atau teknik pengelupasan secara semulajadi untuk kulit. Ianya mampu mengangkat sel-sel kulit mati di permukaan kulit dan menjana semula kulit yang baru.


3. MELEMBABKAN
Kandungan magnesium yang tinggi didalam air laut mampu meningkatkan kelembapan pada kulit, terutamanya kulit di bahagian luar. Walaubagaimanapun, jika terlalu lama berada di dalam laut, kulit akan mulai kering.

So, korang perlulah membilas badan dengan bersih selepas bermandi laut. Kandungan garam yang melekat di tubuh badan secara berlebihan akan membuatkan kulit cepat kering.

4. MENYEMBUHKAN LUKA
Kandungan magnesium, calcium, potassium, sodium, dan iodine adalah sebahagian mineral yang terkandung di dalam air laut. Sifat sodium dan iodine adalah antiseptik dan ianya dapat membantu proses penyembuhan luka. Air laut bertindak mengeluarkan racun dan dapat membantu mengeringkan nanah pada luka.

Inilah antara kebaikan-kebaikan air laut untuk korang. Selain menenangkan jiwa, ianya juga membantu masalah-masalah kulit yang sering kita alami kan? Selamat bermandi-manda di laut !

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. hihihi.. tak suka air laut sbb nanti kulit gelap..tp bila lama tak g mandi laut sibuk nak terjun

    ReplyDelete