NECROPHILIA ADALAH GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MAYAT

NECROPHILIA ADALAH GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MAYAT - Terbaca sebelum ini  tentang satu kejadian di Bolivia dimana seorang duda yang baru kehilangan isterinya yang telah mati, terkejut apabila mendapati jururawat lelaki melakukan hubungan seksual terhadap mayat isterinya itu.

Korang mungkin pelik dengan berita yang adakala macam tak logik ini tapi sebenarnya memang wujud pun manusia yang obses dan mempunyai keghairahan terhadap mayat. Menakutkan? Mungkin. Psiko? Pasti.

Tak ada manusia waras yang sanggup membuat perkara macam itu dengan mayat. Kecuali mereka yang mempunyai masalah psikologi yang kronik. Sekadar perkongsian, manusia yang obses melakukan hubungan intim bersama mayat ini dikenali sebagai Necrophilia.

NECROPHILIA ADALAH GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP MAYAT

Necrophilia adalah kehendak seksual yang pelik bagi pengidapnya di mana dia memiliki kecenderungan seksual terhadap mayat.


Necrophilia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

Necrophilic Homicide - Pengidapnya perlu membunuh terlebih dahulu untuk mendapatkan mayat untuk kepuasan seksualnya.

Regular Necrophilia - Pengidapnya hanya menggunakan mayat yang sudah mati untuk kepuasan seksualnya.

Necrophilic Fantasy - Pengidapnya akan berfantasi melakukan hubungan seksual dengan mayat, tetapi tidak melakukannya.

Dalam pembelajaran penelitian yang dilakukan oleh Dr. Jonathan Rosman dan Dr Philip Resnick, mereka mendapati terdapat 122 kes Necrophilia terdiri daripada Regular Necrophilia. Secara umum, pengidap atau penderita penyakit ini adalah mereka yang bekerja di bilik mayat. Dan kebanyakan daripada pengidap Necrophilia ini adalah lelaki!

Kenapa ada dikalangan mereka ini sanggup untuk bernafsu pada mayat? Dari sumber dikatakan, pengidap Necrophilia sangat takut dengan hubungan seksual secara normal. Mayat adalah cara mereka melepaskan kehendak seksual mereka, kerana mayat tidak akan melawan.

Perawatan Necrophilia
Pesakit perlulah mendapatkan rawatan psikopatologi yang sesuai. Salah satu rawatan untuk pengidap kelainan seksual ini adalah dengan terapi kognitif.

INFO & SUMBER : HEALTH DETIK

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments: