PROGRAM PERMATA HATI WILAYAH : MENYANTUNI PARA IBU GOLONGAN BELIA Assalamualaikum wbt. Bagi aku, hidup di Kuala Lumpur, kota metropolitan ini sangat mencabar. Pelbagai perkara perlu diuruskan dan kesuntukan masa. Terpaksa juga mengharungi kesesakan lalu lintas walaupun pelbagai kemudahan awam yang disediakan. Apapun, inilah hakikat kehidupan yang perlu kita jalani. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.
Hakikatnya, semua cabaran hidup ini akan membuat jiwa kita bertambah cekal dan kental. Sesukar manapun, kita harus mengharungi semua ini dengan tabah. Bukanlah hidup jika tiada cabaran, lebih lagi di kota metropolitan ini.
Hakikatnya, semua cabaran hidup ini akan membuat jiwa kita bertambah cekal dan kental. Sesukar manapun, kita harus mengharungi semua ini dengan tabah. Bukanlah hidup jika tiada cabaran, lebih lagi di kota metropolitan ini.
![]() |
Sumber : Google |
Program Permata Hati Wilayah Mengurangkan Beban Ibu-Ibu
Bila melibatkan cabaran hidup dan pesat ini, ada ibu-ibu muda yang pening kepala memikirkan tentang kelahiran bayi mereka. Buka apa, adakala ekonomi tidak begitu stabil dan banyak perkara yang perlu difikirkan demi membesarkan anak-anak tersayang. Aku juga, walaupun tidak pernah melahirkan, aku tahu betapa sukarnya untuk menguruskan makan pakai anak sendiri.
Terlalu banyak persiapan dan barang-barang keperluan diperlukan. Dari hal lampin bayi, susu, botol susu, bedak, baju dan pelbagai lagi perlu difikir dan disediakan.
Melihat bayi yang comel, pastilah ada keinginan untuk merasai perkara yang sama. Namun rezeki aku untuk memiliki bayi sendiri tak sampai lagi. Berkongsi kasih dengan anak saudara pun sudah membahagiakan aku.
Berbalik kepada Program Permata Hati Wilayah ini, program ini diadakan adalah untuk meringankan beban pasangan dan ibu-ibu muda yang baru lepas bersalin. Setidaknya, segala sumbangan berbentuk barangan ini dapat meringankan beban pasangan yang baru menimang cahaya mata ini, sekaligus memberi sedikit keceriaan pada mereka.
Program Permata Hati Wilayah ini adalah bertujuan untuk menyantuni para ibu dalam proses menerima cahaya mata baharu, khususnya golongan belia. Ianya juga merupakan anjuran Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang pertama diadakan.
Lawatan Di Hospital-Hospital Terpilih
Program Permata Hati Wilayah memilih beberapa hospital-hospital yang terpilih demi mendekati masyarakat setempat dan menyampaikan sumbangan yang merupakan barangan bayi kepada kaum ibu. Sekurang-kurangnya, kaum ibu ini tahu bahawa ada lagi pihak atasan yang prihatin akan mereka.
Dengan adanya program sebegini, ternyata dapat meringankan sedikit bebanan pada pasangan-pasangan muda ini. Maklum saja, bila melibatkan pasangan muda, ada perkara yang melibatkan ekonomi yang tidak begitu stabil, kan?
Aku berbangga ada program yang dianjurkan sebegini. Harapan aku semoga hari yang akan datang ada lagi program-program mulia seperti ini yang akan dijalankan. Dengan seperti ini juga, kita dapat merapatkan silaturrahim antara pihak atasan dan masyarakat marhaen.
Pujian untuk mereka yang sentiasa ada inisiatif untuk merapati rakyat setempat.
27 Comments
Tak dapat kurangkan banyak, kurang sikit pun dah banyak bantu, kan
ReplyDeleteIni di namakan rezeki baby. Setiap anak yang lahir itu dah tertulis rezekinya
ReplyDeleteBagus program ni..Patut diperluaskan hingga ke tiap negeri juga dan dijalankan secara berterusan utk membantu pasangan yg baru melahirkan zuriat bagi meringankan sikit beban mereka utk membeli kelengkapan bayi..
ReplyDeleteBagus program ni..Patut diperluaskan hingga ke tiap negeri juga dan dijalankan secara berterusan utk membantu pasangan yg baru melahirkan zuriat bagi meringankan sikit beban mereka utk membeli kelengkapan bayi..
ReplyDeleteSeronoknya dah la dot baby comel, dpt Pula present lagi
ReplyDeleteRezeki anak dan rezeki ibu dan bapa kan
ReplyDeleteprogram yang menarik, semoga program ni akan berpanjangan...
ReplyDeleteDengan ekonomi yang memerlukan kita pakai duit setiap hari memang sangat stress kan.. Alhamdulillah program macam nih..at least bakal bakal ibu dapatlah diringankan bebannya
ReplyDeleteBagus program macam ni. Rasa seronok selepas sakit bersalin di lawati orang & diberi hadiah. Hilang rasa sakit tu..
ReplyDeletebestnya ada program macam ni. sekurang-kurangnya ringan sakit melahirkan bila ada yang datang melawat
ReplyDeleteBagusnya ada bantuan macam ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban
ReplyDeleteHarap program2 sumbangan ni diteruskan..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bantuan yang bermakna bagi para ibu kan. moga boleh diteruskan program bagus ni :D
ReplyDeleteProgram sokongan macam ni bagus dan harus di teruskan dari masa ke semasa.
ReplyDeletetungnyaaaa ibu ibu di kl ni. banyak bantuan diaorang terima ye? syukur masih ada yg membantuuu
ReplyDeletetaksangka ada program macam ni, bagusnya
ReplyDeleteSeronok para ibu yang baru melahirkan dirai... Moga program ini di teruskan sampai bila2 :)
ReplyDeleterezeki ibu kan.. rezeki anak namanya ini.
ReplyDeleteDpt pampers seronok dah ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki ibu dan anak :)
ReplyDeleteUsaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.
ReplyDeleteWalaupun tak banyak tapi sangat bermakna
ReplyDeletePasangan yang baru dapat baby sgt memerlukan kos perbelanjaan yg tggi sebenarnye. Byk benda nk kena standby beli kn.bukan hanya anak, tapi mak dalam proses pantang. Sebabtula bila ada bantuan cmni-ia sangat bermakna.nmpak bantuan kecik tapi nilai di mata mereka besar.
ReplyDeleteDapat juga ringankan perbelanjaan ibu-ibu muda.. :)
ReplyDelete...
bantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.
ReplyDeleteMmg patut program mcm ni diteruskan Sgt bermanfaat...
ReplyDelete