RASA BURGER HOT N' CRISPY DAN SMOKY GRILLED BEEF MCDONALD'S

RASA BURGER HOT N' CRISPY DAN SMOKY GRILLED BEEF MCDONALD'S - Aku ni dulu penggemar McDonald's jugak lah alkisahnya. Tapi sebab bila aku dah dewasa dan makin tua ni, aku rasa macam banyak perubahan tentang menu McDonald's. Rasa setiap menu dia tak sesedap dulu. Maksud aku, zaman 90-an.

Dan disebabkan teringin bila tengok banner dekat McD tu berterbangan je, aku rasa macam nak cuba burger baru keluaran McDonald's iaitu burger Hot N' Crispy Chicken & Smoky Grilled Beef.

RASA BURGER HOT N' CRISPY DAN SMOKY GRILLED BEEF MCDONALD'S

So, semalam aku pergi beli menerusi aplikasi Food Panda. Orang dah lama guna Food Panda, aku pulak baru pandai guna. Itu pun sebab biras aku yang bagitahu. Kolot bebenar aku ni pun...

Dah order, aku memang puas hati la sebab sampai on time. Lepas tu burger dia takde laa bersepah. Sebab aku selalu order online, nanti dapat jadi bersepah je burger tu. Tak faham aku tau. Ehh okay okay aku sambung lah cerita pasal burger ni ye.

Disebabkan aku tak sempat nak ambil gambar rupa burger tu, aku culik lah gambar ni dekat website McDonald's sendiri. 

RASA BURGER HOT N' CRISPY DAN SMOKY GRILLED BEEF MCDONALD'S

HOT N' CRISPY CHICKEN
Menu burger yang ini bagi aku sedap tapi aku tak rasa burger ni burger baru pun. Rasa dia macam Chicken McDeluxe, in fact memang ayam Chicken McDeluxe pun dia guna. Lebih kepada add-on sos tangy jalapeno. Ya, aku tak menafikan kesedapan sos jalapeno ni sebab memang sedap. Tapi yang aku terkilan, sikit sangat dia letak. Tengok gambar macam banyak gila dia letak. Oh ya, masa aku beli, bukan seperti dalam gambar pun. Dalam gambar ada cheese, aku punya tak ada.

RASA BURGER HOT N' CRISPY DAN SMOKY GRILLED BEEF MCDONALD'S

SMOKY GRILLED BEEF
Kalau korang biasa makan Quarter Pounder, haaa daging dia lebih kurang gitu lah. Tapi aku berpuas hati makan Smoky Grilled Beef ni sebab aku tak muak. Sedap dan daripada review yang aku buat, ramai yang lebih suka Beef Burger ni berbanding yang Crispy Chicken.

Komen aku tak banyak, sebenarnya 'burger baru' McDonald's ini bukanlah burger baru. Cuma penambahan dari segi sos je. Hopefully Mcdonald's kalau betul ada burger baru, biarlah betul-betul baru.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments: