RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI

RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI - Saja aku nak share walaupun semua orang tahu buat nasi goreng. Nasi goreng ni pulak inspirasi daripada adik bongsu aku. Dia bukan pandai masak sangat pun tapi nasi goreng dia selalu sedap. Aku tanya laa dia letak apa? Dia kata guna bahan basic macam aku guna, cuma dia tambah kicap manis pedas Mahsuri.

Adik aku ni pulak kalau buat nasi goreng, dia suka tumbuk semua bahan-bahan tu. Gigih! Tapi kalau aku kisar je. Kisar kasar. Kalau halus sangat tak sedap. Nasi goreng yang sedap adalah bila kau dapat gigit segala cili bawang dia yang kasar-kasar tu.

RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI

RESEPI NASI GORENG KICAP MANIS PEDAS MAHSURI
Bahan-bahan
Nasi secukupnya*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Segenggam ikan bilis*
Setengah genggam cili api*
Sedikit belacan*
Sedikit garam
1 biji telur
Kicap Manis Pedas Mahsuri secukupnya

Cara-cara :
Kisar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*). Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar/tumbuk itu hingga naik bau, seterusnya masukkan telur.  Gaul sehingga telur masak dan masukkan nasi. Kemudian masukkan kicap manis pedas Mahsuri dan sebatikan nasi bersama bahan tadi. Sedia dihidangkan..

Orang yang tak tahu masak pun boleh lulus masak. Haaa aku nak ingatkan kalau korang tak tahan pedas, tak payah lah guna cili api sampai segenggam. Aku dengan adik aku takpe, sebab memang suka makan pedas. Kicap manis pedas Mahsuri tu pun dah pedas sebenarnya. Karang berdesing telinga kau, jangan salahkan aku pulak.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. Semua orang tau buat nasi goreng kan. Cuma cara je berlainan.. Hehe. Btw, thanks sharing auni.

    ReplyDelete