RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP DAN SEDAP

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP DAN SEDAP - Selalunya orang gunakan tepung beras untuk buat pisang goreng atau cempedak goreng. Tapi sekarang, tepung beras macam dah tak best. Ada jenis yang keras je. Aku pula jenis suka makan pisang goreng yang rangup dan lembut. Kalau beli pisang goreng, mesti makan dia punya kriiukk kriiukk tu tau.

Ini resepi yang Mama aku gunakan untuk bater atau bancuhan membuat pisang goreng. Bila dah sejuk pun masih rangup tau.

Aku pernah tanya Mama, dia guna tepung beras ke? Dengan muka senyum lebar, Mama kata dia tak guna pun tepung beras. Dah tu macam mana boleh rangup? Maka meh laa aku kongsi resepi tepung goreng pisang rangup dan sedap edisi Mama tersayang.

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP DAN SEDAP
Sumber : abangbrian.com

RESEPI TEPUNG GORENG PISANG RANGUP
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega @ marjerin
3 sudu besar minyak masak
secubit garam
secubit gula
air suam secukupnya

Cara-cara
Satukan tepung gandum, mentega, minyak masak, garam dan gula. Ramas bahan-bahan tersebut, letak air suam sedikit demi sedikit hingga menjadi bater yang pekat dan sesuai untuk dijadikan tepung celup dan goreng.

Semudah ABC uolsss.  Bukan saja boleh buat pisang goreng, malah cempedak, sukun, ataupun ubi boleh menggunakan kaedah yang sama. Hah lagi satu saja nak share, pisang goreng sedap makan dengan sambal kicap. Tapi aku pelik dengar satu iklan ni, depa makan pisang goreng dengan sos cili. Cannot brain.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment