SALAH KE PERGI DIALISIS TANPA SUAMI?

SALAH KE PERGI DIALISIS TANPA SUAMI? - Sebenarnya emosi aku sedikit terganggu dengan makcik guard dekat HDU Ampang ni. Aku tak tahu lah dia terlalu concern atau caring atau apa tapi sikap dia agak irritating kebelakangan ini.

Aku mula mengelak dari dia atau buat pekak je bila dia cakap. Memang nampak agak biadap tapi aku seriously terganggu dengan peel dia yang macam menyibuk tu.  Dia layan aku seolah aku kanak-kanak yang sentiasa perlukan perhatian. Yes, aku memang perlukan tuan suami dalam keadaan ini ,cuma nak buat macam mana, tuan suami aku kan tengah sakit?


Apa yang aku jengkelkan adalah bila dia suka cakap .. "Eeeee kesian awak kena beli makanan sendiri".. "Eeee kesian awak, abang awak tak temankan awak" ... "Eeeeee kesian awak sorang-sorang je takde abang nak temankan".. It was like.... haih.. kalau korang annoyed tak?

Ada masa, yes aku bersangka baik. Dia concern pasal aku. Tapi lama-lama aku jadi bosan dan emosi. Nak saja aku cakap, "Makcik tak payah lah asyik kesiankan saya, sebelum kahwin pun saya berdikari juga". Agak-agak bunyi biadap tak? Bila aku emosi, aku stress tau. 

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments: