SANDWICH SUBWAY KEGEMARAN

SANDWICH SUBWAY KEGEMARAN - Entri santai je lah bila dah petang ni ye? Harini macam busy sikit mentelaah doa dan serba serbi. Sebenarnya jiwa aku sedikit rapuh dah ni sejak tuan suami masih tak boleh jalan. Dah hampir sebulan dia masih duduk je. Cuba bangun berdiri, masih tak boleh. Emosi aku tau.

Ok, dah-dah lah cerita sedih kan? Asalnya aku memang nak cerita pasal Subway pun. Korang pernah makan Subway? Sandwich Subway ini adalah kegemaran aku sebab aku seorang peminat sandwich. Aku tak boleh nak halang diri aku dari ketagih. Cuma itulah, aku bukanlah orang kaya yang mampu nak makan Subway ni hari-hari.

SANDWICH SUBWAY KEGEMARAN

Inilah rupa Sandwich Subway aku setelah digigit. *hahaha* . Apa yang buat aku suka Sandwich Subway ini adalah, roti, sayur dan sos dressing dia, kita boleh pilih. Itu satu bonus dan aku sukakannya!

Aku suka makan Italian B.M.T dengan Chicken Tandoori. Dua-dua sandwich ni aku letak sayur yang sama macam Lettuce, Pickles, Olive & Jalapenos. Sos atau condinement pula aku suka Chipotle Southwest, Honey Mustard dan juga Sweet Onion. Jenis roti aku suka Honey Oat dan Parmesan Oregano.

Kadang-kadang ada di antara inti yang agak muak. Aku memang suka minta extra Pickles dengan Jalapenos, sebab ada elemen masam dan pedas. So aku boleh makan dengan happy tanpa buat muka melugai je.

Korang dinner makan apa? Aku? Makan angin je. Malas pulak nak order atau masak malam-malam yang sejuk ni walaupun hakikatnya, perut aku menggelodak kelaparan.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: