SEDAP KE BURGER NASI LEMAK AYAM MCDONALD'S?

SEDAP KE BURGER NASI LEMAK AYAM MCDONALD'S? - Kalau nak cerita pasal Burger Nasi Lemak ni, aku asyik teringat Pau Sambal yang mak-mak kita buat niaga tu. Ada juga yang panggil Kuih Burger. Apapun, sedap je di tekak aku.

Baru-baru ni kecoh dengan burger Nasi Lemak keluaran McDonald's. Dekat Malaysia ni diorang baru launch, padahal dekat Singapore dah lama dah. Aku pun tak faham kenapa McDonald's Malaysia lambat launch burger Nasi Lemak ni.

SEDAP KE BURGER NASI LEMAK AYAM MCDONALD'S?

BURGER NASI LEMAK AYAM MCDONALD'S
Since ramai yang tanya, kenapa nama burger NASI LEMAK tapi tak ada nasi didalamnya? Aku tergelak dengan soalan tu. Well, mungkin dia inovasikan nasi lemak ke dalam burger. Kalau tengok explanation dia kat kotak, rasa LEMAK tu dia masukkan dalam ayam sebab dia tulis 'peha ayam empuk berperisa kelapa' . So dari situ la datang lemaknya.

Bun cili pula tak ada lah pedas pun. Sekadar ditaburi cili flakes aje. Bawang dia manis, sambal dia sesedap rasa. Sometimes sambal dia ada rasa macam kau beli roti bun ikan bilis jenama X. Yang aku bengang adalah TIMUN MASAM ! Aku bengang gila tau.

So far sedaplah di tekak aku cuma disebabkan ayam tu macam pelik je rasa, aku termuak di pengakhiran. Boleh je nak cuba tapi aku nak confess, yang pau sambal sebiji 50sen tu lagi sedap. Sekian.

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments: