SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI SEDUNIA 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI SEDUNIA 2018 - Tahukah korang bahawa 22 April merupakan tarikh sambutan Hari Bumi Sedunia? Mesti ramai tak ada kesedaran lagi menyambut Hari Bumi ini. Kita masih leka dan suka mencemarkan alam sekitar.

Hari Bumi ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat kepada alam sekitar. Ianya dimulakan oleh John McConnell pada tahun 1969, setiap tahun ketika ekuinoks. Hari Bumi diraikan setiap tahun di kebanyakkan negara pada tarikh 22 April.

SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI SEDUNIA 2018

SEJARAH HARI BUMI 22 APRIL

Pada bulan September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.

Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya."


SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI SEDUNIA 2018
Gaylord Nelson
Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.

Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.
Semoga kita lebih rajin menjaga alam sekitar. Terutamanya kawasan sungai. Sedih tengok sungai yang dicemari dengan pampers baby dan najis. Kalau kita semua jaga sivik, mesti Malaysia tersenarai antara negara yang bersih kan?

No comments:

Post a Comment