SINOPSIS SICCIN 1 : BUYU HARAMDIR - Aku tak tahu sebenarnya filem Siccin ini sedang merebak di laman sosial. Aku dapat tahu mengenai filem ini pun lepas aku layan Youtube, tiba-tiba je keluar filem ini. Tapi macam tak berminat, awalnya.
Filem Siccin ini dari info yang aku dapat, dibuat melalui kisah benar rakyat Turki. Siccin yang bermaksud "Sijjin", adalah sebuah KITAB AMALAN BURUK iaitu syirik dan amal perbuatan orang kafir.
Ada info pula yang kata Siccin ini adalah ilmu sihir yang diamalkan oleh mereka di Turki. Bila aku baca ianya tentang kisah benar, maka aku pun bersemangat lah nak tengok. Bukan aku je, tuan suami pun melayan jugak.
Ada info pula yang kata Siccin ini adalah ilmu sihir yang diamalkan oleh mereka di Turki. Bila aku baca ianya tentang kisah benar, maka aku pun bersemangat lah nak tengok. Bukan aku je, tuan suami pun melayan jugak.
Filem Siccin ini ada 4 siri. Yang pertama bertajuk Buyu Haramdir, yang bermaksud Gangguan Haram. Itu kalau tengok dekat Google Translate la. Aku memang tak faham bahasa Turki, maaf.

JUDUL : SICCIN 1 : BUYU HARAMDIR
GENRE : Seram, Ngeri
PENULIS SKRIP : Ersan Özer
PENGARAH : Alper Mestçi
PENERBIT : Muhteşem Film
PELAKON : Pınar Çağlar Gençtürk, Koray Şahinbaş, Ebru Kaymakçı, Merve Ateş, Güneş Galava, Toygun Ateş, Aydan Çakır, & Asuman Kostak
SINOPSIS SICCIN 1 : BUYU HARAMDIR
Mengisahkan tentang konflik antara hubungan keluarga, percintaan, dan dendam. Öznur merupakan seorang perempuan muda yang cantik. Dia sangat menyukai Kudret, yang merupakan sepupu dia sendiri.
![]() |
Öznur |
Tapi sayangnya, Kudret ni dah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Nisa dan dikurniakan seorang anak bernama Ceyda. Ceyda pula seorang kanak-kanak yang hilang penglihatan dari kecil. Ceyda juga sering bertemankan anak patungnya.
![]() |
Ceyda |
Nisa seorang isteri, ibu, dan anak yang bertanggungjawab. Di rumah, Nisa menjaga ibunya yang lumpuh. Nisa tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tanggungjawabnya itu.
Öznur yang terlalu mencintai Kudret telah menggoda Kudret dan akhirnya Öznur mengandung, hasil hubungannya dengan Kudret. Kudret tidak mahu bertanggungjawab. Satu hari, diorang ni bergaduh dan Kudret menolak Öznur. Öznur mengalami pendarahan dan keguguran.
![]() |
Kudret |
Öznur menagih perhatian Kudret tapi tidak dilayan. Akibat dendam, Öznur mula berjumpa seorang ahli sihir dan ingin membalas dendam. Dan sumpahannya adalah, Nisa dan semua darah dagingnya akan mati dalam masa 5 hari.
![]() |
Nisa |
Apa akan terjadi lepas tu aku pun macam tak sangka. Mungkin sebab kebodohan dan sikap terdesak si Öznur ni, dendamnya memakan diri dia sendiri.
NOTE : Apapun, dilarang menonton penuh kusyuk. Aku difahamkan, mantera yang dibaca dalam filem ini adalah mantera yang sebenar untuk mereka memanggil jin dan syaitan.
NOTE : Apapun, dilarang menonton penuh kusyuk. Aku difahamkan, mantera yang dibaca dalam filem ini adalah mantera yang sebenar untuk mereka memanggil jin dan syaitan.
The writer,
Tunsha Ayunie
1 Comments
seraammm citer ni. mmg kisah benar ek?
ReplyDelete