SUSU NEPRO HP UNTUK PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS

SUSU NEPRO HP UNTUK PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS - Mungkin ramai orang dah tahu aku ni seorang pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir yang tengah berjuang untuk hidup. Sebagai pesakit yang dah lama sakit, aku saja nak share dengan korang pasal satu produk yang bagus untuk pesakit yang menerima rawatan dialisis.

Alaaa, aku nak perkenalkan susu je pun. Susu ni KHAS untuk PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS . Kenapa khas? Sebab kandungan dalam susu ini tak sama macam susu biasa yang korang normal minum tu. Susu ini mengikut nutrisi yang diperlukan oleh pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis. Okay? Aku memang suka ulang banyak kali pun.

SUSU NEPRO HP UNTUK PESAKIT YANG MENJALANI DIALISIS

Harga bagi Susu Nepro HP ini berlainan, bergantung kepada farmasi yang korang pergi. Ada yang jual Rm10.00, ada yang RM10.50 dan mungkin ada yang jual murah sikit. Haritu Mama aku beli dekat Big Farmacy Taman Melawati, 4 botol (kira sekotak la) , berharga RM38. Kira murah RM4, berbanding kalau korang beli sebotol je.

KHASIAT SUSU NEPRO HP
🔎 Tinggi protein untuk membantu menggantikan protein yang hilang selepas dialisis.
🔎 Kurang sodium , potassium & fosfat.
🔎 Tinggi kalori. (401kcal per bottle).
🔎 Kandungan air dalam susu dikurangkan. (161ml per 220ml)
🔎 Mengandungi asid lemak tidak tepu (MUFA) dan asid lemak Omega 3
🔎 Mempunyai nutrisi lengkap dengan 28 jenis vitamin & mineral termasuk vitamin B3 & B6 untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan keletihan.

APA RASA SUSU NEPRO HP
Korang jangan yakin yang susu ni rasa sama macam susu korang beli kat luar. Ada pesakit yang muak dengan susu ni. Tekstur susu ini tersangatlah pekat dan rasa macam aiskrim vanilla yang dah cair.

Aku suggest minum sejuk la. Sebab kalau tak sejuk lagi muak. Lepas tu, bila dah sampai ke titisan terakhir, korang akan rasa macam aura B Complex. Haaa siapa pernah makan B Complex mesti tahu betapa tak sedapnya ubat itu, walaupun kecik je.

Jangan risau, susu Nepro HP ni Halal untuk muslim.

Kalau susu biasa, sangat tak elok untuk pesakit buah pinggang sebab boleh mereputkan tulang. Haaa pasal ni nanti aku cerita bila-bila dalam future entry okay? Hopefully bermanfaat untuk korang.

The writer,
Tunsha Ayunie

3 comments:

  1. Asslam sy ad susu nepro .sy bli satu dozen. Dan sy nk jual blik murah sj.

    ReplyDelete