TANDA-TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

TANDA-TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG - Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir (Kronik) biasanya menyerang tanpa kita sedar. Penyakit ini dikenali juga sebagai "pembunuh dalam senyap". Seram kan?

Tapi memang kita tak akan sedar jika kita sudah di tahap 4. So entri kali ni aku nak kongsi antara tanda-tanda kerosakan buah pinggang.  Aku juga nak bagitahu, Kegagalan Buah Pinggang Kronik ini bukan menyerang orang dewasa atau yang tua saja, malah kanak-kanak pun berpotensi untuk mengidap penyakit ini.

TANDA-TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
SUMBER : http://stg.everythingzoomer.com
Penyakit ini selalunya tak ada tanda-tanda awal. Tapi bila dah sampai tahap akhir tu baru banyak tanda yang korang nampak. So kalau rajin, 6 bulan sekali ke, korang pergi lah check darah ye? Lagi satu, kalau demam tak kebah-kebah tu jangan bergantung sangat dengan ubat, sebaiknya tetap pergi buat pemeriksaan.

TANDA-TANDA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

⚫ Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
⚫ Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
⚫ Gatal seluruh badan
⚫ Sakit tulang
⚫ Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas
⚫ Pucat
⚫ Kencing yang berbuih
⚫ Darah keluar bersama air kencing
⚫ Jangkitan salur kencing berulang-ulang
⚫ Pengeluaran kencing berkurangan
⚫ Kerap kencing terutama sebelah malam
⚫ Mengalami hypertensi (darah tinggi) pada usia muda

Haaa, bila korang rasa macam muka sembab, badan korang berat dan kaki bengkak semacam, jangan segan-segan pergi buat pemeriksaan. Bengkak yang dimaksudkan disini adalah bengkak air punca dari kencing yang berkurangan.

Nak tahu kalau korang bengkak air, tengok kaki korang. Kalau kaki tu bengkak menggelembung semacam, korang tekan dekat dengan buku lali. Kalau tenggelam tu maksudnya bengkak air la tu.

The writer,
Tunsha Ayunie

4 comments:

  1. Memang risau kalau sakit2 dalam ni sebab kita tak nampak keadaan organ tu. Paling penting kena alert la keadaan badan kita sendiri, kalau rasa lain macam cepat2 pergi check dan minta nasihat doktor.

    Thanks Ayunie share info ni, sangat bermanfaat.. :)

    ...

    ReplyDelete
  2. Thnks for the info auni..be strong in your journey..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum auni....perkongsian info yg baik ni tq...

    ReplyDelete
  4. Thanks kak onie.. sakit dalaman ni xboleh dibuat main. Bahaya.. sebab kita taknampak secara fizikal kan..

    ReplyDelete