TERUNG GORENG BELACAN PUN SEDAP

TERUNG GORENG BELACAN PUN SEDAP - Sejak tuan suami sakit ni, memang takde lah aku nak makan kat luar sangat. Eh, boleh kata memang tak ada pun. Haritu je sekali pergi makan dengan staff nurse aku. Lepas tu mana ada dah nak pergi mana-mana.

Tuan suami izinkan je aku pergi keluar dengan siapa-siapa tapi perempuan la. Dia tahu aku duduk rumah pun bosan. Tapi aku lebih kesian tengok tuan suami yang berperap dalam bilik dah dua minggu sebab dia memang susah nak bergerak. Dia boleh duduk dan angkat badan sendiri pun aku dah lega dah. Slow-slow la, aku cuba support apa yang perlu.

So bila duduk dengan mertua yang rajin masak, aku rasa aku makin gemuk kat rumah ni. Sebab mostly mak mertua aku masak menu kegemaran aku. Ya, of course yang berlandaskan belacan. Aku boleh lupa yang aku resdung teruk.

TERUNG GORENG BELACAN PUN SEDAP

Kalau haritu aku kata aku macam bersyukur sangat mak mertua aku masak Cili Hijau Goreng Belacan, harini aku kekenyangan makan nasi dengan Terung Goreng Belacan pula. Entahlah, aku memang obses dengan goreng belacan ni dari aku kecik.

Cuma bayam goreng belacan je aku macam tak boleh terima. Yang lain alhamdulillah sedap je di tekak aku. Mak mertua aku senyum je bila tengok aku makan sampai habis. Aku pun happy sebab selera makan aku datang balik. Dah lama Allah tarik nikmat makan aku, kali ni aku memang fokus makan je.

The writer,
Tunsha Ayunie

2 comments:

  1. aduhhhh saje je tau auni ni...bagi kak liez jelessss.. sedap tuuu

    ReplyDelete
  2. kita pun suka makan apa-apa grg belacan ni. dpt nasi dgn terung/kangkung belacan, memang bertambah nasi. apatah lagi partner dengan telur grg dan kicap cap kipas udang. hari-hari pun takpe.

    ReplyDelete