ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 25

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 25 - Dah lama gila aku tak tulis pasal ulasan Monalisa ni kan? Aku macam sibuk dengan urusan duniawi. Ahaks! Tak, sebenarnya tuan suami kan dah sakit almost 3 minggu, so aku pun macam tak ada masa nak tengok TV, busy jaga suami katanya.

Sekarang ni ada masa terluang dah. Maka aku nak berkongsi ulasan drama Monalisa episod 25. Melangkau je lah banyak episod, yang lain-lain tu korang tengoklah sendiri ye?

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 25

So, lelaki banduan yang miskin bernama Faruq yang syok dekat Mona tu datang ke rumah Melissa sebab dia nak cari Mona.

Dalam episod-episod lepas, hotel tempat Melissa bekerja ni bagi tugasan pada Melissa supaya memohon untuk membeli tanah di satu kawasan. So diorang ni mati-mati ingat tanah tu milik seorang lelaki bernama Pak Usop. 

Tapi tiba-tiba Mona terbaca satu surat yang merupakan geran tanah tersebut di bilik pelanggan tetap hotel itu. Mona mula meragui tuan tanah yang sebenar.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 25

Dalam masa tu juga, Mona telah menggoda Johan sementara Melissa pula diperbodohkan oleh orang-orang yang dia sayang. Chef Adam mula meragui Mona. Puan Marlia juga sudah mengetahui banyak perkara tentang latar belakang Mona dan Cik Gayah. Dia meneruskan lakonan dan cuba berbuat baik dengan Mona dan Cik Gayah.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 25

Johan pula dilemma. Dia tak tahu siapa yang dia betul-betul sayang. Mona terus mengharapkan cinta dia pada Johan terbalas.

Nanti aku sambung lah pulak episod 26 ye? Makin best pulak drama Monalisa ni.

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment:

  1. geram sgt dgn gayah tu...over sgt hahahah...tp lain sikit la cerita monalisa tu dgn cerita drama lain

    ReplyDelete