ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 26

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 26 - Mona berasa pelik dengan Puan Marlia yang tiba-tiba berbuat baik pada diorang berdua anak beranak. Dia juga sangsi dengan wanita yang selalu berjumpa dengan Puan Marlia. Mona ni bijak jugak orang dia. Dia pun macam layankan je permainan Puan Marlia ni.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 26

Ok, sambung. Melissa minta tolong Johan untuk serahkan menu pada Chef Adam. Menu itu penting sebab ada tetamu hotel yang merupakan CEO, ada alergik seafood. Tapi disebabkan Johan ni tak bagi menu tu pada Chef Adam, so Chef Adam tak tahu apa-apa dan masak menu seperti biasa.

Tuan Mazlan mengamuk atas kecuaian yang terjadi. Johan dipanggil dan Mona mempertahankan Johan. Chef Adam bengang sebab Melissa menyuruh dia untuk membuat surat perakuan maaf. Sementara itu, Mona happy sebab dapat membantu Johan.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 26

Seusai pulang dari makan malam, Johan selimutkan Melissa dengan kot-nya dan Mona berasa cemburu. Mona keluar dari kereta dan Johan memujuknya. Peristiwa itu dilihat oleh Melissa yang berada di dalam kereta, tapi dia buat tak endah dan tidak syak apa-apa.

Di hotel, Tuan Mazlan arahkan Melissa untuk menyiasat tentang kecuaian yang berlaku. Melissa melihat rakaman CCTV dan mula mengesyaki sesuatu. Dalam pada itu, Melissa menyuruh pekerjanya untuk memadam rakaman tersebut.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 26

Disebabkan terlalu serabut dengan apa yang berlaku, Melissa tidak mengendahkan Johan. Johan mula takut jika penipuan dia dan Mona terbongkar. Baguslah terbongkar kan? Tak guna punya boyfriend *ok emo* . So ending episod 26 ini, Melissa ajak Chef Adam berjumpa. Ada perkara yang Melissa nak bincang dengan chef Adam. Sekian.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment