ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 27

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 27 - Mona dapat tahu yang Melissa dah dapat tahu tentang penipuan dia dengan Johan. Lepas tu Mona mula berlakon minta maaf dengan Melissa. Dia guna alasan yang dia takut Tuan Mazlan marahkan Johan dan hubungan Johan dan Melissa akan terganggu.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 27

Melissa pula berjumpa dengan Chef Adam untuk minta maaf. Chef Adam pun bebel-bebel la pada Melissa. Kejadian itu buat Melissa semakin rapat dengan Chef Adam. Ye la, aku pun suka si Melissa ni dengan Chef Adam sebab Chef Adam ni nampak lebih matang dari si Johan tu. Tapi Johan macam sakit hati la kan sebab Melissa dah rapat dengan Chef Adam.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 27

Tuan Mazlan tanya Melissa tentang siasatan tu tapi Melissa asyik cakap tak tahu. Alasan Melissa, CCTV rosak masa hari kejadian. Tuan Mazlan ni takde la bodoh sangat, dia dapat rasa Melissa menipu tapi malas nak panjang cerita. Tuan Mazlan ugut Melissa, kalau dia dapat tahu Melissa menipu, dia akan pecat Johan dan takkan terima Johan sampai bila-bila. 


ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 27

Mak Milah jadi bengang dengan majikan dia sebab bagi Cik Gayah duit. Dia tak tahu yang Puan Marlia tu nak kenakan Cik Gayah dengan Mona. So Mak Milah ni mogok taknak pergi kerja. Semua kerja rumah, Cik Gayah yang kena buat.

Yang si Mona tak habis-habis buat drama minta maaf dia. Sambil dia minta maaf tu, Johan call dia. Masa tu Melissa ada, lepas tu Melissa terus assume itu pakwe Mona.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 27

Mona dinaikkan pangkat sebagai Supervisor. Sedap je hidup, masuk jadi trainee tak berapa hari, berkepit dengan Johan sikit terus dah naik pangkat. Manalah orang tak sakit hati. *Mood emo tengah on*. Lepas tu tiba-tiba pulak Melissa ajak Mona ni bawa pakwe dia dinner sekali dengan Melissa dan Johan. Melissa ni lurus bendul betul sampai aku rasa sakit hati dengan watak dia ni.

The writer,
Tunsha Ayunie

No comments:

Post a Comment