ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 28

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 28 - Melissa dah mula risau sebab tuan pengarah bernama En.Zainal dah mula ugut nak Melissa letak jawatan kalau Melissa tak mampu beli tanah yang diorang rancang tu. Disamping tu jugak En.Zainal nak bagi ganjaran pada sesiapa  yang dapat beli tanah tu.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 28

Faruq macam biasa tak habis-habis dia kacau Mona. Dia memang tangkap cintan habis pada Mona, sampai Mona suruh buat apa pun dia sanggup. Dalam pada tu, Faruq ugut Mona untuk bagitahu Melissa perkara sebenar. Ugut je, tapi tak buat. Sakit pulak hati aku.

ULASAN DRAMA MONALISA EPISOD 28

Puan Marlia pula dia bengang dengan Mak Milah yang tiba-tiba tak datang kerja. Yang jadi mangsa, Cik Gayah la. Cik Gayah pun gedik nak offer diri kan? Aku tergelak je bab Cik Gayah ni. Bila entah lah nak jadi serius. 


Lepas tu Puan Marlia suruhlah Cik Gayah sapu daun kering la, masak lah. Dah suruh-suruh tu, dia terus masuk bilik, ketawa macam orang gila. Seram pula tengok dia jadi gila macam tu. Aku pun confused dia ni ada depress betul ke tipu. Nampak okay je sejak dia nak kenakan Mona dengan Gayah ni.


So berbalik pada cerita tadi, disebabkan Mona mendapat tahu tentang ganjaran yang akan diberi oleh En.Zainal, Mona gigih nak dapatkan geran tanah tu. Dia upah Faruq untuk buat-buat rompak Puan Halimah,nenek Chef Adam, yang merupakan pemegang geran tanah tersebut. Tujuannya dia nak nampak Puan Halimah ni kenang budi dia la. So dapatlah dia geran tu nanti.


Tapi Puan Halimah dapat agak yang Mona saja buat-buat baik je, bukan betul pun. Dia mulalah marah-marah si Mona. Lepas tu Mona pun terus terang je la yang dia dah tahu siapa pemilik geran tanah tu. Terus muka nenek Chef Adam ni macam risau.


Melissa mulai putus asa dan sanggup kehilangan jawatan dia dekat hotel tu. Chef Adam selaku kawan baik Melissa, dia taknak la Melissa ni down ke apa. Dia suruh Melissa lawan perasaan. Sementara itu, Melissa tanya Chef Adam pasal malam yang Chef Adam pegang kepala Melissa tu. Melissa dah rasa something la kot between Johan dan Mona.


Yang Johan pula tetiba sakit hati dengan Chef Adam sebab rapat dengan Melissa. Yang dia tu rapat dengan Mona, bersayang bagai boleh pula. Dia ingat dia siapa? Chef Adam sampai cakap Johan tak ada adab. Main terjah sound-sound orang. Dia tak tahu ke yang Chef Adam dapat hidu hubungan dia dengan Mona?

Puan Halimah tu dalam pada marah-marah Mona, dia nak bersetongkol dengan Mona pula untuk jatuhkan Melissa. Apa akan jadi lepas ni? Nanti aku update lagi ye?

The writer,
Tunsha Ayunie

1 comment: